Posts

Showing posts from July, 2016

BUKU KEGEMARAN SYAMIL: SIAPAKAH ITU? …YANG BAIK DAN MANJA

Image
Pernah tak dengar buku kanak-kanak “pull the page”? Selalunya buku-buku berbentuk macam ni, buku Bahasa Inggeris. Nini jumpa buku dalam Bahasa Melayu. . . Buku ni Nini beli dari promosi jualan gudang Edukids di Batu Caves. Awal tahun 2016. Nanti bila ada sale lagi, Nini akan update. J . . Siri bacaan teka-teki kanak-kanak Bermain Sambil Belajar ini ada 4 siri. Tapi, Syamil hanya ada dua daripada empat siri ni. Nini ada satu penyakit sebenarnya. Bila-bila Nini beli buku, dan Nini suka buku tu, Nini akan pastikan Nini cari dan beli siri yang lain juga. Malangnya, memandangkan Nini beli dari jualan gudang, dua siri lagi dah sold out. L . . Buku yang Nini bincangkan hari ni, tajuknya Siapakah itu? …yang baik dan manja. Ilustrasi buku ni sangat menarik. Penuh gambar warni warni. Gambar haiwan juga jelas. Kualiti kertas untuk aktiviti pull the page juga sangat baik. Takdelah baru sepuluh kali pull,dah terkoyak. Muka hadapan buku ini pun boleh ditarik tau. . .