BUKU KEGEMARAN SYAMIL: SIAPAKAH ITU? …YANG BAIK DAN MANJA



Pernah tak dengar buku kanak-kanak “pull the page”? Selalunya buku-buku berbentuk macam ni, buku Bahasa Inggeris. Nini jumpa buku dalam Bahasa Melayu.
.
.
Buku ni Nini beli dari promosi jualan gudang Edukids di Batu Caves. Awal tahun 2016. Nanti bila ada sale lagi, Nini akan update. J
.
.
Siri bacaan teka-teki kanak-kanak Bermain Sambil Belajar ini ada 4 siri. Tapi, Syamil hanya ada dua daripada empat siri ni. Nini ada satu penyakit sebenarnya. Bila-bila Nini beli buku, dan Nini suka buku tu, Nini akan pastikan Nini cari dan beli siri yang lain juga. Malangnya, memandangkan Nini beli dari jualan gudang, dua siri lagi dah sold out. L
.
.
Buku yang Nini bincangkan hari ni, tajuknya Siapakah itu? …yang baik dan manja.
Ilustrasi buku ni sangat menarik. Penuh gambar warni warni. Gambar haiwan juga jelas. Kualiti kertas untuk aktiviti pull the page juga sangat baik. Takdelah baru sepuluh kali pull,dah terkoyak. Muka hadapan buku ini pun boleh ditarik tau.
.
.
Buku ni buku teka teki. Pada bahagian bawah setiap muka surat, ada dua baris teka-teki. Untuk anak yang lebih besar, ibu boleh bacakan teka-teki dan sama-sama cuba teka. Kemudian, anak boleh pull the page. Keluarlah gambar haiwan yang merupakan jawapan teka-teki tu.
.
.
Bagi yang anak masih kecil misalnya setahun lebih, bolehlah main tunjuk2 gambar dan teka haiwan apa yang ada di setiap muka surat. Tak bolehlah baca formal saja. Misalnya, tunjukkan gambar panda. Ada tikus dan siput juga. Tunjukkan awan, bukit, dan pokok.
.
.
Bila anak dah semakin besar, kalau sebaya dengan Syamil sekarang, boleh tukar kepada aktiviti bercerita pula. Rekalah cerita dari gambar yang dilihat. Misalnya, boleh cerita macam ni:

Syamil.. tengok anak ayam ni. Ada tiga ekor anak ayam. Satu, dua, tiga. Anak ayam tu cari ibu dia.. mana ibu dia? Mana ibu dia, Syamil? Jom kita tolong anak ayam.

Haa.. Kena pancing minat dia supaya dia join kita baca buku ni. Nanti Syamil pun akan pull the page dan jumpalah ibu ayam. Sambil2 tu, boleh ajar bunyi ayam, ceritakan ayam makan apa, nyanyi nursery rhymes berkaitan ayam.
.
.
Macam2 kita boleh buat hanya dengan satu muka surat dalam buku kan?
Cuma, jadikan aktiviti tu menarik. Kita pun kena rasa aktiviti tu menarik, baru anak pun akan tertarik dan seronok.
.
.
Sekarang ni, semenjak Syamil dah banyak cakap, dia sendiri akan ambil buku ni dan duduk sebelah siapa2 dalam rumah. Nanti orang tu kenalah dengar Syamil bercerita.

Syamil akan pull the page. Buat2 surprise tengok eh ada ayam la. Syamil akan tunjuk semua benda yang ada dalam muka surat tu. Syamil siap buat gaya lagi. Misalnya, Syamil buat gaya ayam berjalan, ayam cari cacing, anak ayam lari. :-D
.
.
Lagi satu, tulisan dalam buku ni dah diwarnakan ikut suku kata. Sesuai sangat nak digunakan untuk anak yang baru pandai membaca. Ayatnya pun mudah, terang dan jelas.
.
.
Berbaloi sangat rasanya beli buku ni. Boleh guna daripada Syamil kecil sampailah Syamil besar nanti. Kualitinya pun bagus sebab rasanya dah serratus kali Syamil pull the page gambar ayam tu.  ;-)
.
.
Ingat ye, jadikan aktiviti membaca dengan anak menarik dan menyeronokkan. Barulah semua orang enjoy. Dan barulah anak akan minat membaca.

Jom didik anak rajin membaca buku.

Comments

Popular posts from this blog

MAHUKAN ANAK IKUT PERATURAN, TANPA PERLU DIPAKSA?

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: MENJEJAKI DINOSAUR DI KUALA LUMPUR