REVIEW BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA


Habis je round Zoo Melaka, perut dah berkeroncong. Kami singgah lunch sebelum check in hotel.
.
.
Malam pertama kami di Melaka, kami tidur di Bayou Lagoon Park Resort. Bayou Lagoon ni menyediakan penginapan (service apartment) dan juga water park. Betul2 bersebelahan Gold Coast Melaka.
.
.
Encik suami dah tempah studio apartment melalui traveloka. Mula2 masuk terus wow… Bestnya. Spacious. Ada ruang bancuh air, ruang minum, ruang tamu dengan tv, 2 single bed, almari, meja kerja dan tandas yang luas.
.
.
.
.
Syamil pun terpegun tengok water park kat bawah tu. Nampak best. Susah la jugak nak pujuk Syamil tidur sebab dia dah excited nak mandi. Sebenarnya, Nini pun tak sabar2 nak pergi waterpark tu. ;-P
.
.
Kami dah tempah bilik sekali dengan tiket waterpark. Boleh masuk lepas check in dan sebelum check out. Kalau nak walk in ke water park saja pun boleh. Harga weekdays dan weekend berbeza. Hari biasa, dewasa RM22 manakala hujung minggu dan cuti sekolah RM28 seorang. Untuk kanak2 Rm16 hari biasa dan RM20 pada hujung minggu. PERCUMA untuk kanak2 di bawah 1 meter. J
.
.
Waterpark ni dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 7 malam. Hujung minggu pula dari jam 8 pagi sehingga 7 malam. Waterpark ni ditutup setiap hari Selasa.
.
.
.
.
Selain dari waterpark, Bayou Lagoon Park Resort juga menawarkan Games Arcade Room. Boleh beli token dan main permainan. Ada permainan menembak, lumba kereta dan motor, dan juga basketball. Selain tu, bersebelahan saja, ada 9D Motion Theatre. Pengembaraan mencabar ni hanya RM16 seorang. Nini tak masuk sebab nanti Syamil kena tinggal kat luar. :-D
.
.
Di bangunan hadapan Bayou Lagoon Park Resort, ada Magic Art Museum. Ini muzium 3D. Boleh bergambar puas2. Entrance fee RM25 seorang dewasa dan RM20 bagi kanak2.
.
.

Selain dari tu, ada juga pakej untuk aktiviti rekreasi dan team buiding. Boleh rujuk laman web http://www.bayoulagoon.com.my/ untuk maklumat lanjut.  
.
.
Tips kekal cergas sepanjang percutian mestilah amalkan Vitalea Iron Formula. Multivitamin untuk kecergasan sepanjang hari. Vitalea mengandungi vitamin B yang menukarkan makanan kepada tenaga.
.

Comments

Popular posts from this blog

MAHUKAN ANAK IKUT PERATURAN, TANPA PERLU DIPAKSA?

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: MENJEJAKI DINOSAUR DI KUALA LUMPUR