TIPS MUDAH MULA AJAR ANAK MEMBACA

Nini tau, ramai yang nak anak pandai membaca kan? 
.
.
Tapi, ramai yang tak tahu macam mana nak mula, bila boleh mula. Dan ramai juga yang biar cikgu saja yang ajar. 
.
.
Sebenarnya, kita sendiri boleh ajar tau. Hanya perlukan 5 - 10 minit sahaja sehari. 
.

.
Tak sempat? Ermmm cuba letak smartphone canggih2 tu kat tepi sekejap. 5 minit saja letak tepi. Pandang anak, fokus pada dia, hanya  5 minit.
.
.
Okay, macam mana nak anak pula fokus pada kita?
Ada dua benda paling penting. 

1) ikut kecenderungan anak
2) SABAR
.
.
Ikut anak. Kalau anak tengah main lego, kita susunlah lego bentuk huruf2. Kalau anak suka conteng2, kita bagi flashcard untuk dia conteng. Kalau anak suka mengira, kita kira sama2 dengan dia.
.

.
Ingat, ikut anak. Bukan ikut kita. Nanti kita paksa pulak anak main playdoh. Anak nak main pasir. :)
.
.
Lepas tu, sila bersabar. Kena banyak2 sabar.
Sebab tu tak boleh belajar sambil main lama2. 
Sesingkat yang mungkin, ngam-ngam dengan tahap kesabaran kita.
.
.
Yang penting, sepanjang sesi ni, kita kena berseronok. Kalau kita terpaksa, anak lagilah rasa dipaksa.
.
.
Selamat berjaya!

Kalau anak mengantuk je dan tak bermaya, boleh cuba bancuh mealshakes.

Comments

Popular posts from this blog

MAHUKAN ANAK IKUT PERATURAN, TANPA PERLU DIPAKSA?

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: MENJEJAKI DINOSAUR DI KUALA LUMPUR