PENING NAK PILIH BAHASA

Alkisahnya, semalam kami suami isteri berbincang tentang bahasa.
.
Bukan bahasa puitis. Tapi pilihan bahasa yang kita guna untuk berkomunikasi.
.
.
Encik suami rasakan yang sebagai orang Melayu, kita sepatutnya lebih cenderung berbahasa melayu.
.
Nini pulak jenis tak kisah. Tak terasa pun kalau tiba2 ada orang memilih untuk menggunakan bahasa Inggeris.
Tak salah. Kebebasan bersuara kan?
.
Bagi Nini, apa pun bahasa yang kita pilih nak guna, asalkan kita bercakap dengan nada yang sesuai, hormat pendapat orang lain dan tidak sarkastik.
Mungkin juga kita boleh guna bahasa ikut kesesuaian dengan siapa kita bercakap dan di mana.
Contohnya, kalau ke kedai runcit, tak perlu berbahasa Inggeris. Tapi, kalau di tempat kerja misalnya, ada pelanggan bertanya menggunakan bahasa Inggeris, tak salah langsung untuk kita jawab dalam bahasa Inggeris.
.
Yang jadi masalahnya sekarang, bahasa apa yang patut kami guna dengan Syamil?
.
.
Sekarang ni, memang guna bahasa melayu (kadang2 cakap loghat utara, kelate pun ye jugak). Tapi kebanyakan kartun yang Syamil tengok dalam bahasa Inggeris.
.
Bila Syamil bercakap, terkeluar jugaklah ayat 
"Ayah, where are you?" 
"Come back here"
"Where did you go?"
Semua ni dari kartun. Tapi, dia faham dan tahu nak guna bila. Betullah agaknya budak2 ni cepat belajar.
.
Bila google, adalah 'pro and cons' bila anak belajar dua dan lebih bahasa serentak. Dah nak buat macam mana ni?
Nak fokus, atau ikut je rentak?
Apa yang terbaik untuk Syamil?
.
Maka, jadilah tugasan terbaru Nini. Kumpul dapatan kajian2, artikel2 dari pakar2, buka semula buku psikologi perkembangan kanak2, dan kemudian baru buat keputusan.
Tapi sebelum tu, Nini nak pergi telan Omega guard dulu. Dah lama tak betul2 membaca bab2 macam ni. Nini perlukan fokus. Nanti Nini kongsikan keputusan kami ye?
.
Kalau nak Omega Guard @ minyak ikan, boleh klik je 
www.wasap.my/60132200179

Atau whatsapp Nini 013 - 2200 179



Comments

Popular posts from this blog

MAHUKAN ANAK IKUT PERATURAN, TANPA PERLU DIPAKSA?

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: MENJEJAKI DINOSAUR DI KUALA LUMPUR