Posts

Showing posts from August, 2017

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK

Image
Masuk je dalam, sebelah kiri ada inflatable play area. Macam biasa, kena buka kasut. Ada disediakan kerusi2 untuk kanak2 duduk, letak beg dan bukak kasut. Ada 3 inflatable play area ni. Satu kat depan, dua kat belakang. Jalan sikit, ada permainan bola. Boleh cuba baling bola masukkan dalam mulut dinosaur. 3 bola, RM10. Kalau masuk dalam mulut dinosaur, dapat hadiah. Lepas tu, ada signboard ENTRY. Boleh masuk dalam mulut dinosaur. 😲 Yang ni bayar RM10 dapat pecah2 kan seketul tanah guna tukul dan screwdriver. Dapatkan fosil dinosaur kat dalam tu. Ada disediakan baju dan goggle. Tapi baju tu saiz kanak2 lah. Dekat bahagian belakang pula ada skrin besar yang tayangkan dokumentari dinosaur. Dua kali Syamil duduk sini. Excited tengok dinosaur dalam skrin. Yang kat luar dia takut. 😅 Dah tengok dokumentari bolehlah cuba sand art pulak. Yang ni memang best. Bukan Syamil je khusyuk, Nini pun sama. 😁 Nini tak pernah buat sand art ni. Selalu kat mall, lalu je

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: NAK CUBA JINAKKAN DINOSAUR?

Image
Dah tahu kan apa Dinosaurs Alive? Kalau belum, boleh tengok https://dihujungtintasazwani.blogspot.my/2017/08/menjejaki-dinosaur-di-kuala-lumpur.html Kali ni Nini nak sambung cerita. Dekat luar dah ada dua dinosaur. Masuk je dalam, memang terpukau tengok dinosaur2 lain. Paling besar mestilah T-rex. Kepala dengan ekor trex tu bergerak2 je.  Trex tu memang tinggilah. Tak boleh nak acah2 jinakkan bapak trex tu. Tapi dekat tengah2 tu ada dinosaur yang bergerak2, buka tutup mulut dia. Bolehlah nak pegang ke, nak masukkan tangan dalam mulut dinosaur ke, cuma janganlah cabut gigi dinosaur pula ye? Sentuh elok2 untuk ambil gambar je. Kebanyakan gambar memang Syamil tak duduk diam. Sebabnya dia asyik terkejut dengan bunyi dinosaur. Baru je bertenang sikit, dah dinosaur berbunyi. Gambar semua bergerak je. Mula2 masuk, sebelah kanan ada dinosaur ni. Bolehlah bergambar. Macam Syamil ni, dia terkejut lagi sebab baru je masuk. Sebelum datang bukan main lagi cakap tak takut. Siap b

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: MENJEJAKI DINOSAUR DI KUALA LUMPUR

Image
Seperti yang dijanjikan, Nini tulis beberapa bahagian ye? Bahagian yang pertama ni pengenalan. Berapa ramai yang ada anak yang sangat sangat sangat suka dinosaur? Inilah peluang nak bawa anak2 tengok dinosaur yang besar saiznya, bergerak dan berbunyi. Siapa2 yang ada di sekitar KL & Selangor bolehlah melawat Dinosaurs Alive yang terletak di MaTic (Pusat Pelancongan Malaysia), Jalan Ampang ni. Matic ni berdekatan KLCC.  Anda boleh pergi dengan kereta ataupun naik LRT. Kalau naik kereta, boleh parking di Lanai Matic (betul2 sebelah Dinosaur Alive). Kalau di Lanai Matic tu sekali masuk RM7 (Isnin- Jumaat). Kalau Sabtu dan Ahad, RM5 sekali masuk. Berhadapan Dinosaur Alive ada tempat parking jugak. Nini tak ingat namanya tapi ada banner besar tulis Parking Sabtu Ahad RM3.50 (tak pastilah RM3.50 tu sejam pertama ataupun sekali masuk). Kami parking di Lanai Matic kebetulan ada kosong. Kalau rajin nak berjalan2, boleh naik LRT. Boleh pilih sama ada nak turun di LRT

JOM MENAPAK CARI DINOSAUR

Image
Nini ada homework!!!! Encik suami cakap, kalau nak ikut jalan2 kena up satu post. Maklumlah dah bersawang blog ni. Kesian dia.  Nini nak siapkan tugasan Nini ni. Nini cerita plan kami untuk esok hari ye? Kami nak ke Dinosaur Alive!!!! Disebabkan Syamil sangatlah suka dinosaur, dan kami pun teruja bila dapat tahu ada dinosaur dekat KL ni, kami buat keputusan yang kami kena pergi. Tapi ada satu masalah. Dah bayar tiket, tak nak lah tengok orang ramai2. Jadi, pergi masa hujung minggu bukan satu pilihan. Encik suami kenalah cuti. 😉 Tiket masuk pula boleh beli siap2 online ataupun beli di sana je. Sebab tak ada diskaun online, jadi kami nak beli sebelum masuk je. Untuk orang dewasa, RM50 seorang dan kanak2 umur 3-12 tahun pula RM30. Bawah 3 tahun percuma saja. Kami plan nak naik MRT. Sebabnya Syamil belum pernah naik MRT dan kami tak nak bayar parking mahal dekat tengah KL tu. Kami naik MRT, turun di stesen Muzium Negara. Jalan2 pergi KL Sentral. Naik LRT putra ke KLCC.  D