DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: MENJEJAKI DINOSAUR DI KUALA LUMPUR

Seperti yang dijanjikan, Nini tulis beberapa bahagian ye?
Bahagian yang pertama ni pengenalan.

Berapa ramai yang ada anak yang sangat sangat sangat suka dinosaur?
Inilah peluang nak bawa anak2 tengok dinosaur yang besar saiznya, bergerak dan berbunyi.


Siapa2 yang ada di sekitar KL & Selangor bolehlah melawat Dinosaurs Alive yang terletak di MaTic (Pusat Pelancongan Malaysia), Jalan Ampang ni. Matic ni berdekatan KLCC. Anda boleh pergi dengan kereta ataupun naik LRT.

Kalau naik kereta, boleh parking di Lanai Matic (betul2 sebelah Dinosaur Alive). Kalau di Lanai Matic tu sekali masuk RM7 (Isnin- Jumaat). Kalau Sabtu dan Ahad, RM5 sekali masuk. Berhadapan Dinosaur Alive ada tempat parking jugak. Nini tak ingat namanya tapi ada banner besar tulis Parking Sabtu Ahad RM3.50 (tak pastilah RM3.50 tu sejam pertama ataupun sekali masuk). Kami parking di Lanai Matic kebetulan ada kosong.

Kalau rajin nak berjalan2, boleh naik LRT. Boleh pilih sama ada nak turun di LRT Putra KLCC atau LRT Putra Dang Wangi. Boleh juga turun monorail Bukit Nanas. Kena berjalan sikitlah kalau naik lrt. Kalau bawa anak kecil, Nini cadangkan naik kereta saja. Risau nanti dah sampai, anak dah penat, dinosaur yang tengok diorang.  😂

Jangan risaulah tak jumpa tempat ni. Guna je waze. Kalau lalu je depan MaTic ni confirm perasan sebab ada dua dinosaur besar atas khemah tu. Seekor tu siap bergerak2 kepala dengan tangan sambil keluarkan bunyi. 


Jangan lupa bawa kamera sebab tak ada pulak jurugambar yang ambil gambar dan khidmat cuci gambar macam biasa kat tempat2 macam Aquaria, Zoo dan lain2. Tapi, jangan kecewa sebab susah nak dapat gambar yang cun. Anak2 memang tak reti duduk diam2. Baru nak posing, dinosaur berbunyi, dah lari2. 😜

Tiket masuk pula RM50 seorang dewasa dan RM30 untuk kanak2 3 tahun dan ke atas. Agak mahal tapi bila lagi Syamil nak jumpa dinosaur kan? Lagi satu, Nini cadangkan kalau boleh pergilah masa hari kerja. Hujung minggu nampak lampu je nanti sebab ramai orang. 😉


Tak perlu semua nak serbu minggu ni ye? Dinosaur Alive ni dah ada sejak 14 Julai 2017 dan akan ada selama enam bulan. Lebih kurang sampai 14 Januari 2018. Tapi kalau dah tak sabar, boleh je pergi cepat2. Kalau seronok, nanti boleh pergi lagi. 😎 


Agak mencabar juga berpusing2 dalam tu dengan Syamil. Sebabnya setiap kali dinosaur berbunyi, Syamil cepat2 berpaut pada Nini. Dahlah genggam tangan tak nak lepas. Acah2 berani je Syamil ni. Tapi mujur Nini dah ambil my daily dose of multivitamin. Nini pilih Vitalea dari Shaklee. 

Berminat dapatkan vitamin? Boleh hubungi Nini 013-2200179


Teruskan dengan bahagian kedua https://dihujungtintasazwani.blogspot.my/2017/08/nak-cuba-jinakkan-dinosaur.html

Nak tahu aktiviti2 menarik di sana? Teruskan baca bahagian ketiga  
https://dihujungtintasazwani.blogspot.my/2017/08/dinosaurs-alive-kuala-lumpur-aktiviti.html

Comments

Popular posts from this blog

MAHUKAN ANAK IKUT PERATURAN, TANPA PERLU DIPAKSA?

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK