JOM MENAPAK CARI DINOSAUR

Nini ada homework!!!!

Encik suami cakap, kalau nak ikut jalan2 kena up satu post. Maklumlah dah bersawang blog ni. Kesian dia. 

Nini nak siapkan tugasan Nini ni. Nini cerita plan kami untuk esok hari ye?
Kami nak ke Dinosaur Alive!!!!



Disebabkan Syamil sangatlah suka dinosaur, dan kami pun teruja bila dapat tahu ada dinosaur dekat KL ni, kami buat keputusan yang kami kena pergi. Tapi ada satu masalah. Dah bayar tiket, tak nak lah tengok orang ramai2. Jadi, pergi masa hujung minggu bukan satu pilihan.
Encik suami kenalah cuti. 😉

Tiket masuk pula boleh beli siap2 online ataupun beli di sana je. Sebab tak ada diskaun online, jadi kami nak beli sebelum masuk je. Untuk orang dewasa, RM50 seorang dan kanak2 umur 3-12 tahun pula RM30. Bawah 3 tahun percuma saja.

Kami plan nak naik MRT. Sebabnya Syamil belum pernah naik MRT dan kami tak nak bayar parking mahal dekat tengah KL tu. Kami naik MRT, turun di stesen Muzium Negara. Jalan2 pergi KL Sentral. Naik LRT putra ke KLCC. Dari KLCC jalan kaki je ke MaTiC. 

Dinosaur Alive ni buka dari pukul 10 pagi sampailah 10 malam. Dalam tu pun ada dijual makanan. Boleh nak duduk seharian dengan dinosaur. Manalah tahu anak tak nak balik. 😂 Bagilah dia tidur satu round dengan dinosaur tu.

Hurmm nampaknya jauh jugak nak menapak ni. Haruslah top up tenaga siap2. Malam ni ambil Vivix. Vivix ni kandungan antioksidannya tinggi. Elok sangat amalkan sebab kita ni terdedah dengan pencemaran macam asap kereta, asap rokok. Esok pagi bancuh ESP, telan multivitamin. Semua untuk tenaga. Takdelah sampai depan dinosaur, tak boleh senyum dah nak posing ambil gambar sebab letih berjalan. 😖


Kalau berminat nak tahu lebih lanjut, boleh layari laman web rasmi 
www.dinosaursalive.asia

Tapi, kalau nak suplemen boleh terus whatsapp Nini 0132200179




Comments

Popular posts from this blog

MAHUKAN ANAK IKUT PERATURAN, TANPA PERLU DIPAKSA?

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: MENJEJAKI DINOSAUR DI KUALA LUMPUR