MAHUKAN ANAK IKUT PERATURAN, TANPA PERLU DIPAKSA?

Hujan lebat, guruh, kilat sabung-menyabung.
Sememangnya bukan masanya nak belek henfon.
.
Syamil tidur lena. Nini pun capai satu buku dari rak.
Asyik2 beli buku, dah sampai masa baca dan kongsikan isi buku2 ni pulak.
.
.
Kali ni salah satu bab dari buku nukilan Jiji (Adlil Rajiah). Macam mana nak latih anak untuk ikut peraturan, tanpa gunakan sebarang kekerasan.
.

.
Menarik kupasan ni. Sebab kita pun tak suka dengan paksaan kan? 
Benda yang kena paksa buat, yang itulah yang kita tak nak buat. 
.
Jiji bagi proses yang mudah saja.

Beri motivasi --> Gembirakan anak --> Beri penekanan positif

.
3 langkah mudah, menggunakan jadual harian dan 'stickers'.
Sebagai permulaan, Nini senaraikan 6 perkara saja dulu.


  • Bangun pagi
  • Kencing dalam tandas
  • Mandi 2 kali
  • Baca buku dengan Umi
  • Kemas mainan
  • Bagi ikan makan
Langkah pertama, BERI MOTIVASI
Boleh beri stiker untuk setiap matlamat yang tercapai
.
Langkah kedua GEMBIRAKAN ANAK
Raikan setiap pencapaian. Beri pujian pada pencapaian positif
.
Langkah ketiga BERI PENEKANAN POSITIF
Semak jadual bersama2. Puji semua matlamat yang tercapai. Boleh beri ganjaran.
.
Boleh saja rujuk atau google 'age appropriate tasks' untuk bantu anda tentukan apa yang boleh disenaraikan untuk anak anda.
.

.

.
Pilih hanya yang bersesuaian dan munasabah.
Takkan anak 2 tahun nak suruh baca 10 buah buku satu hari kan? Mak dia pun dah confirm takkan dapat sticker sebab baca 1 muka surat je sehari.  😜😜😜
.
Dah buat jadual untuk anak, boleh buat untuk diri sendiri pulak.
Anak kan ikut contoh dari orang2 terdekat?

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK