DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK

Masuk je dalam, sebelah kiri ada inflatable play area. Macam biasa, kena buka kasut. Ada disediakan kerusi2 untuk kanak2 duduk, letak beg dan bukak kasut. Ada 3 inflatable play area ni. Satu kat depan, dua kat belakang.

Jalan sikit, ada permainan bola. Boleh cuba baling bola masukkan dalam mulut dinosaur. 3 bola, RM10. Kalau masuk dalam mulut dinosaur, dapat hadiah.

Lepas tu, ada signboard ENTRY. Boleh masuk dalam mulut dinosaur. 😲




Yang ni bayar RM10 dapat pecah2 kan seketul tanah guna tukul dan screwdriver. Dapatkan fosil dinosaur kat dalam tu. Ada disediakan baju dan goggle. Tapi baju tu saiz kanak2 lah.







Dekat bahagian belakang pula ada skrin besar yang tayangkan dokumentari dinosaur. Dua kali Syamil duduk sini. Excited tengok dinosaur dalam skrin. Yang kat luar dia takut. 😅







Dah tengok dokumentari bolehlah cuba sand art pulak. Yang ni memang best. Bukan Syamil je khusyuk, Nini pun sama. 😁 Nini tak pernah buat sand art ni. Selalu kat mall, lalu je, tak berhenti pun.
Boleh pilih nak gambar dinosaur yang mana, lepas tu duduk kat meja. Buka sticker pada gambar dan mulalah tabur pasir. Buat cantik2 sebab boleh bawa balik. Aktiviti ni percuma.







Dah siap tu bolehlah pergi "color the dinosaur" pulak. Mula2 ambil gamabr Trex, tapi Syamil tak nak. Syamil nak gambar dinosaur yang ada tanduk dengan sumbu tu. Haha.. Umi kenal Trex je. Nanti kita belajar lagi ye. 




Dah tukar gambar, memang khusyuklah dia mewarna. Kebetulan ada rombongan kanak2 tadika. Mewarnalah bersama2.







Dekat bahagian mewarna tu ada wooden craft. Boleh ambil je papan tu, balik buat dinosaur kat rumah. Yang ni baru je semalam Syamil buat dengan ayah dia. Nampak kukuh dan cantik. Bolehlah jadi hiasan kat rumah. Aktiviti mewarna dan wooden art tu pun percuma.

Sebelum balik, jangan lupa ambil gambar dengan dinosaur. 




Dah balik dari Dinosaurs Alive, Nini ambil Vivix. Rasa pening2 juga berjalan2 di tengah2 kota raya. Kami berjalan kaki lalu construction site nak ke KLCC. Mungkin habuk2 dan udara tercemar. Kenalah ambil antioksidan untuk lindungi diri kita.

Nak tahu lebih lanjut atau buat tempahan? Whatsapp 013-2200179



Nak tahu apa lagi yang ada di Dinosaurs Alive? Boleh baca bahagian kedua 
https://dihujungtintasazwani.blogspot.my/2017/08/nak-cuba-jinakkan-dinosaur.html

Tak tahu macam mana nak ke Dinosaurs Alive? Ikuti bahagian pertama 

Comments

Popular posts from this blog

MAHUKAN ANAK IKUT PERATURAN, TANPA PERLU DIPAKSA?

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: MENJEJAKI DINOSAUR DI KUALA LUMPUR