Posts

Showing posts from May, 2016

SYAMIL @ ENTOPIA / TAMAN RAMA-RAMA PENANG / PENANG BUTTERFLY PARK (BAHAGIAN 3)

Image
Syamil siap tunjukkan rama2 dekat Wan dan Mak Tok. . . Selepas kawasan rama2, kami berjalan ke kawasan seterusnya iaitu ‘Grassland’ yang menempatkan belalang dan pepatung. Syamil cuba tangkap belalang yang terbang dan hinggap di hujung2 dedaun. Bila belalang terbang, mestilah Syamil cuba kejar. . . . . Bila Syamil dah puas kejar belalang, kami berjalan pula melalui Aroma trail dan Butterfly vista.  . . Ada banyak rama2 berterbangan dan hinggap pada bunga2 di sekitar sini. Kemudian kami melepasi kawasan David’s Garden. . . . . David’s  Garden ni tapak asal Taman rama2 Penang. Di sini ada kolam ikan dan itik. Syamil teruja jumpa itik. Lama juga Syamil tengok itik berenang dalam kolam.  . . . Ada juga bermacam2 spesies mentadak (praying mantis). Ada yang rupanya macam batang kayu, ada yang menyerupai daun. Kalau bukan petugas yang tunjukkan pada kami, memang tak perasan pun ada mentadak tu. Dah la saiznya besar2. . . . .

SYAMIL @ ENTOPIA / TAMAN RAMA-RAMA PENANG / PENANG BUTTERFLY PARK (BAHAGIAN 2)

Image
Sambungan pengembaraan Syamil di Taman Rama2. . Lepas tu, kami berjalan lagi melalui kolam ikan. Syamil bergambar dengan karakter2 Entopia. . . . . Kemudian, di bawah Home Tree, pokok besar di tengah2 taman, kami berpeluang mengikuti satu sesi Vita Nova @ hidup baru. Sesi ni ada setiap hari pada pukul 10:30 pagi dan 3:45 petang. Elly ceritakan pada kami fasa2 hidup rama2 dan dia lepaskan banyak rama2 yang baru keluar dari kepompong. Yang paling best, apabila kami dibenarkan melepaskan seekor rama2 seorang. Rama2 ni diletakkan dalam balang kecil. Rama2 yang baru keluar dari kepompong dan baru terbang bebas kali pertama. . . . . Di kawasan terbuka ni, ada banyak rama2 berterbangan. Kadang2 rama2 tu hinggap di badan kita. Syamil suka sebab kawasan lapang. Suka dia berlari2 tangkap rama2.  . Ada petugas yang ajar kami cara yang betul tangkap rama2. Kita perlu kepit kedua2 sayapnya dengan jari telunjuk dan jari hantu. Bukannya dengan menggunakan huju

SYAMIL @ ENTOPIA / TAMAN RAMA-RAMA PENANG / PENANG BUTTERFLY FARM (BAHAGIAN 1)

Image
Khamis lepas, Syamil ke Entopia dengan Umi, Ayah, Wan dan Mak Tok. Entopia ni nama baru Taman Rama2 Penang. Baru sahaja dibuka semula selepas renovasi hampir setahun. . . Taman Rama2 ni dibuka seawal jam 9 pagi sehinggalah pukul 8 malam. Tiket pula dijual sehingga jam 6 petang sahaja. Harga tiket sekarang tengah murah. Ada harga promosi sampai 31 Julai 2016. Untuk harga promosi, seorang dewasa RM39 manakala seorang kanak2 atau warga emas (60 tahun dan ke atas) pula RM23. . Kalau nak pergi, eloklah pergi sekarang. Ogos nanti harganya jadi RM49 untuk seorang dewasa, kanak2 4 – 12 tahun pula RM29 dan warga emas (60 tahun dan ke atas) pula RM29. Semua harga ini dah termasuk GST. . Sekiranya anda merancang untuk pergi hujung minggu, boleh beli tiket online di www.entopia.my  . Nanti tak payah susah2. Best kan? Tapi hari tu, kami beli tiket on the spot saja. . Sebelum masuk, petugas akan memakaikan gelang tiket pada tangan masing2. Syamil pun ada tiket. Ayah Syamil terb

ULASAN ARTIKEL : SERONOKNYA MEMBACA!

Image
Artikel ini saya baca pada segmen Anak (Adab buat anak: Didik sejak kecil) dalam Majalah Demi Cinta Isu 6 (Dua yang tiada ganti). . Ayat al-Quran pertama yang diturunkan adalah Iqra’ iaitu Bacalah. Bukti pentingnya membaca dalam hidup kita. Dan semestinya amanah besar buat ibu bapa untuk memastikan anak-anak minat membaca. Bukan sesuatu yang mudah namun ada tips atau adab yang wajar dicuba. . . Kali ni, saya kongsi dan huraikan kaedah-kaedah yang dicadangkan dalam artikel ini: Jadikan aktiviti membaca satu pengalaman yang menyeronokkan Macam mana untuk jadikan membaca aktiviti keluarga? Ibu bapa perlu turut serta. Ibu bapa perlu sama-sama membaca. Tapi ibu bapa perlu elakkan dari memarahi atau memaksa anak-anak. Ingat… Perlu jadi aktiviti keluarga yang menyeronokkan. Terangkan adab menuntut ilmu Adab menuntut ilmu ni termasuklah menjaga buku dengan baik. Ibu atau bapa boleh terangkan pada anak-anak menggunakan media seperti video. Search saja di Youtu