SYAMIL @ ENTOPIA / TAMAN RAMA-RAMA PENANG / PENANG BUTTERFLY FARM (BAHAGIAN 1)

Khamis lepas, Syamil ke Entopia dengan Umi, Ayah, Wan dan Mak Tok. Entopia ni nama baru Taman Rama2 Penang. Baru sahaja dibuka semula selepas renovasi hampir setahun.
.
.
Taman Rama2 ni dibuka seawal jam 9 pagi sehinggalah pukul 8 malam. Tiket pula dijual sehingga jam 6 petang sahaja. Harga tiket sekarang tengah murah. Ada harga promosi sampai 31 Julai 2016. Untuk harga promosi, seorang dewasa RM39 manakala seorang kanak2 atau warga emas (60 tahun dan ke atas) pula RM23.
.
Kalau nak pergi, eloklah pergi sekarang. Ogos nanti harganya jadi RM49 untuk seorang dewasa, kanak2 4 – 12 tahun pula RM29 dan warga emas (60 tahun dan ke atas) pula RM29. Semua harga ini dah termasuk GST.
.
Sekiranya anda merancang untuk pergi hujung minggu, boleh beli tiket online di www.entopia.my  . Nanti tak payah susah2. Best kan? Tapi hari tu, kami beli tiket on the spot saja.
.
Sebelum masuk, petugas akan memakaikan gelang tiket pada tangan masing2. Syamil pun ada tiket. Ayah Syamil terbeli. Dah beritahu dua tahun, mungkin petugas jualan tiket tak dengar atau dia tengok Syamil dah serupa dengan budak 4 tahun. Lepas pakai gelang, scan barkod dan boleh lalu tempat masuk. Macam dekat stesen lrt tu.
.
.
Mula2 kami masuk, ayah minta tolong staf di depan untuk ambilkan gambar kami sekeluarga berlatarbelakangkan dinding yang dipenuhi pokok menjalar dan rama2.
.
.
Di sini masih belum ada khidmat jurugambar yang ambil gambar kita dan jual sebelum kita keluar macam dekat Zoo Taiping, Aquaria, Farm in the City, dan lain2. Bolehlah ambil sekeping untuk kenangan. Kalau rajin, boleh print sendiri gambar. Bukti dah sampai ke Entopia.
.
Entopia @ Taman Rama2 ni terbahagi kepada dua bahagian besar (Natureland dan Cocoon). Natureland ni taman (outdoor gardens) manakala cocoon pula pusat penerokaan (indoor discovery centre).
.
Mula2 sekali, kami jumpa kala jengking, katak dan labah2. Kawasan ni dipanggil Mystery Cave (Gua Misteri). Ular, cacing dan lipan pun ada. 
.
.
Yang Syamil paling suka, gelongsor katak ni. Syamil seolah2 menggelongsor dari dalam mulut katak. Seronok dia.
.



Comments

Popular posts from this blog

MAHUKAN ANAK IKUT PERATURAN, TANPA PERLU DIPAKSA?

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: MENJEJAKI DINOSAUR DI KUALA LUMPUR