SYAMIL @ ENTOPIA / TAMAN RAMA-RAMA PENANG / PENANG BUTTERFLY PARK (BAHAGIAN 2)

Sambungan pengembaraan Syamil di Taman Rama2.
.
Lepas tu, kami berjalan lagi melalui kolam ikan. Syamil bergambar dengan karakter2 Entopia.
.
.
.
.
Kemudian, di bawah Home Tree, pokok besar di tengah2 taman, kami berpeluang mengikuti satu sesi Vita Nova @ hidup baru. Sesi ni ada setiap hari pada pukul 10:30 pagi dan 3:45 petang. Elly ceritakan pada kami fasa2 hidup rama2 dan dia lepaskan banyak rama2 yang baru keluar dari kepompong. Yang paling best, apabila kami dibenarkan melepaskan seekor rama2 seorang. Rama2 ni diletakkan dalam balang kecil. Rama2 yang baru keluar dari kepompong dan baru terbang bebas kali pertama.
.
.
.
.
Di kawasan terbuka ni, ada banyak rama2 berterbangan. Kadang2 rama2 tu hinggap di badan kita. Syamil suka sebab kawasan lapang. Suka dia berlari2 tangkap rama2. 
.
Ada petugas yang ajar kami cara yang betul tangkap rama2. Kita perlu kepit kedua2 sayapnya dengan jari telunjuk dan jari hantu. Bukannya dengan menggunakan hujung jari.
.
Dan macam biasalah. Syamil memang tak takut langsung dengan rama2. Selamba je dia pegang rama2 yang landing kat bahu Ayah dan Wan.
.
.

Comments

Popular posts from this blog

MAHUKAN ANAK IKUT PERATURAN, TANPA PERLU DIPAKSA?

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: MENJEJAKI DINOSAUR DI KUALA LUMPUR