ULASAN ARTIKEL : SERONOKNYA MEMBACA!


Artikel ini saya baca pada segmen Anak (Adab buat anak: Didik sejak kecil) dalam Majalah Demi Cinta Isu 6 (Dua yang tiada ganti).
.
Ayat al-Quran pertama yang diturunkan adalah Iqra’ iaitu Bacalah. Bukti pentingnya membaca dalam hidup kita. Dan semestinya amanah besar buat ibu bapa untuk memastikan anak-anak minat membaca. Bukan sesuatu yang mudah namun ada tips atau adab yang wajar dicuba.
.
.
Kali ni, saya kongsi dan huraikan kaedah-kaedah yang dicadangkan dalam artikel ini:

  • Jadikan aktiviti membaca satu pengalaman yang menyeronokkan

Macam mana untuk jadikan membaca aktiviti keluarga? Ibu bapa perlu turut serta. Ibu bapa perlu sama-sama membaca. Tapi ibu bapa perlu elakkan dari memarahi atau memaksa anak-anak. Ingat… Perlu jadi aktiviti keluarga yang menyeronokkan.

  • Terangkan adab menuntut ilmu

Adab menuntut ilmu ni termasuklah menjaga buku dengan baik. Ibu atau bapa boleh terangkan pada anak-anak menggunakan media seperti video. Search saja di Youtube. Ataupun, ibu bapa boleh terangkan pada anak-anak dengan menunjukkan contoh yang baik seperti sama-sama membalut buku yang baru dibeli agar tahan lama.

  • Nasihatkan anak untuk menghormati buku

Nasihat ni seperti suruh anak letakkan buku semula di tempatnya dan elakkan dari melangkahi buku. Sama macam yang mak ayah kita cakap dulu-dulu.

  • Wujudkan perpustakaan mini atau ruang membaca

Yang ini dah jadi trend sekarang ni. Kalau search di Google, boleh taip reading nook. Macam-macam gambar yang keluar untuk inspirasi ibu bapa semua. Dari bilik yang dipenuhi buku sampailah sekecil-kecil ruang yang dihias cantik. Ruang bawah tangga pun boleh diubahsuai. J

  • Didik anak bertanggungjawab dan disiplin

Nilai murni seperti bertanggungjawab dan berdisiplin boleh diterapkan dengan membiasakan anak menyimpan semula buku-buku yang dibaca. Pastikan juga anak-anak menjaga buku yang digemari dengan baik agar tahan lebih lama.

  • Pelbagaikan koleksi buku

Koleksi yang pelbagai pastinya menarik minat anak-anak. Barulah tidak bosan hanya baca buku yang sama sahaja. Dapatkan buku-buku dengan harga yang lebih murah. Boleh beli buku semasa promosi atau diskaun yang dianjurkan kedai buku atau jadi ahli kedai buku. Boleh juga beli di Big Bad Wolf yang diadakan saban tahun. Penjual-penjual buku online juga menawarkan harga yang jauh lebih murah.

Belikan buku untuk meraikan kejayaan anak-anak. Biar anak yang memilih buku yang digemari. Selain itu, boleh juga didik anak menabung wang belanja untuk membeli buku baru.

  • Merekod prestasi pembacaan anak-anak

Bagaimana nak rekod? Terpulang pada kreativiti masing-masing. Sekiranya anda guna jadual, bolehlah lekatkan sticker kartun kegemaran anak-anak. Anak pasti termotivasi untuk lebih rajin membaca.

.
Kesimpulannya, untuk menerapkan minat membaca, anak harus rasa seronok. Ibu bapa perlu terlibat sama. Sekiranya mampu, sila mula dari anak masih kecil. Mula sekarang, Jangan bertangguh.
.
Kalau anak suka tengok Didi and Friends, bolehlah tukar lagu 5 buku tu dengan lirik ni.
5 buku di atas meja,
Ayah ambil satu dan baca,
Jadi tinggal 4 sahaja,
Siapa lagi nak baca?

4 buku di atas meja,
Umi ambil satu dan baca,
Jadi tinggal 3 sahaja,
Siapa lagi nak baca?

3 buku di atas meja,
Syamil ambil satu dan baca,
Jadi tinggal 2 sahaja,
Siapa lagi nak baca?

2 buku di atas meja,
Mak Tok ambil satu dan baca,
Jadi tinggal 1 sahaja,
Siapa lagi nak baca?

1 buku di atas meja,
Ayah Tok ambil satu dan baca,
Marilah kawan kita membaca,
Jadikan amalan kita.

SELAMAT MEMBACA.  J



Comments

Popular posts from this blog

MAHUKAN ANAK IKUT PERATURAN, TANPA PERLU DIPAKSA?

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: MENJEJAKI DINOSAUR DI KUALA LUMPUR