RIVER CRUISE MELAKA -EXPLORE MELAKA DI MALAM HARI

Malam di Melaka, kami plan nak naik bot. Tapi, sebelum tu kenalah makan dulu.
.
.
Kami makan di Ikan Bakar Parameswara. Ramai orang walaupun bukan malam minggu. Ikan Bakar Parameswara ni dibuka setiap hari kecuali hari Isnin.
.
.
Boleh pilih ikan, udang dan sotong. Order nak masak macam mana, kemudian pilih meja. Nanti ada orang datang order minuman. Boleh pilih nak duduk di bahagian depan, dalam ataupun atas bot.
.
.
Makanan dia memang sedap. Patutlah ramai orang. Harga pun boleh tahan. Tak adalah tengok harga rasa macam nak pengsan. 
.
.
Lepas je makan, kami terus ke jeti river cruise Melaka. Mula2 sesat, tersilap ke seberang sungai. Nasib baiklah kami sampai tu masih awal. Rupa-rupanya River Cruise Melaka ni tutup pukul 11 malam. Kalau nak pergi siang hari, pukul 9 pagi dah buka.
.           
.
Sebelum ni masa zaman belajar, Nini dah naik dah bot ni. Tapi, masa tu naik siang hari. Kali ni, bawak Syamil naik malam pulak. Boleh tengok lampu. Harga tiket RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, dan RM10 untuk dewasa.
.
.
Kebetulan orang tak ramai, kami dapatlah duduk di depan sekali.
.
.
Bila malam ni, memang kita tengok lampu je lah. Cantik2 dekorasi lampu. Lalu bawah jambatan pun teruja tengok lampu. Pengemudi bot tu ada pasang audio menerangkan apa yang ada di sekeliling kita sepanjang perjalanan.
.
.
.
.
Ada juga perkhidmatan mengambil gambar sebelum naik bot. Sampai je di jeti, boleh terus beli gambar tu. Tapi gambar kami malam tu tak elok, jadinya tak adalah gambar di River Cruise Melaka dalam koleksi.
.
.
Lepas turun dari bot, kami jalan2 di menara jam Melaka. Perkara wajib buat kalau ke Melaka mestilah bergambar dengan meriam. ;-)
.
.
.
Dan, berakhirlah trip kami di Melaka. Esoknya ke Johor pulak kita.
.
.
Sepanjang trip ni, rahsia Nini kekal cergas, layan Syamil ke sana ke mari mestilah OSTEMATRIX.
Ostematrix ni sumber utama kalsium Nini. Nini tak suka minum susu. Satu tablet ostematrix sama dengan satu gelas kalsium. Senang kan?
.

Comments

Popular posts from this blog

MAHUKAN ANAK IKUT PERATURAN, TANPA PERLU DIPAKSA?

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: MENJEJAKI DINOSAUR DI KUALA LUMPUR