DETOKS DIGITAL... PERLUKAH?

Hari ni, Nini baca tiga artikel berkaitan detoks digital. Artikel pertama tentang perlunya detoks digital untuk membina semula hubungan emosi dalam keluarga. Artikel kedua menceritakan bagaimana keluarga digital akan menjejaskan perkembangan anak. Artikel ketiga pula peringatan kepada ibu bapa tentang bahayanya bila ibu bapa sendiri jadi buta dek silauan digital. 
.

.
Sebenarnya, benda ni berlaku pada diri Nini sendiri. Kadang2 (ermm seringkali) Nini juga hanyut dalam dunia sendiri. Scroll facebook, klik link demi link, abaikan sekeliling. 
.

.
Tapi, Nini cuba sedaya upaya menghadkan semua tu dan luangkan lebih masa dengan orang sekeliling. Nasib baik ada encik suami yang selalu mengingatkan.
.

.
Bila bercakap tentang detoks digital, tak semestinya anda terus putuskan hubungan dengan dunia digital selama 24 jam. Mulakan sedikit demi sedikit. Misalnya setengah jam sehari.
.
.
Letak telefon, laptop anda di tepi. Jangan sentuh langsung dalam setengah jam tu. Tumpukan perhatian pada anak anda. 
.
.
Takkan nak tengok saja anak tu kan? 👀👀
.
.
Kalau anda belum mahir tarik perhatian anak untuk bermain sambil belajar, anda boleh main saja. Main kejar2, main susun barang tinggi2, main kereta kawalan jauh, role play main jual2.
.
.
Sebenarnya bila anda bermain dengan anak anda, tanpa gangguan henfon yang melekat di tangan, anak anda sedang belajar dan anda membantu perkembangan diri dia. 
.
.
Nini bagi satu contoh. Katalah anda bermain susun barang2 setinggi mungkin. Ambil giliran dengan anak. Anak anda belajar bermain bersama2, belajar letak barang supaya tidak jatuh, belajar saiz kecil dan besar, belajar bertolak ansur. Syaratnya cuma satu. Bermainlah dengan bersungguh2 dan rasa seronok. Gelak sama2 bila menara jatuh. Buat semula sama2. 
.
.
Dah berapa objektif pembelajaran dah ni. Senang kan?
.

.
Sesuai juga untuk ibu bapa bekerja. Sebab balik kerja dan penat nak main kejar2. Permainan macam ni hanya duduk dan bergembira saja. Ingat... Henfon letak tepi. Biarkan dulu whatsapp pasal kerja hatta dari big boss sekalipun.
.
.
Itu kisah detoks digital. Kalau anda perlukan detoks tubuh badan, lagi senang. Boleh pilih produk detoks Shaklee. Selamat dan dijamin. Salah satu produk premium untuk detoks mestilah DTX complex. Boleh whatsapp Nini untuk maklumat lanjut. Banyak lagi produk detoks yang mengikut keperluan dan bajet anda masing2.

Comments

Popular posts from this blog

MAHUKAN ANAK IKUT PERATURAN, TANPA PERLU DIPAKSA?

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: MENJEJAKI DINOSAUR DI KUALA LUMPUR