DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK
Masuk je dalam, sebelah kiri ada inflatable play area. Macam biasa, kena buka kasut. Ada disediakan kerusi2 untuk kanak2 duduk, letak beg dan bukak kasut. Ada 3 inflatable play area ni. Satu kat depan, dua kat belakang. Jalan sikit, ada permainan bola. Boleh cuba baling bola masukkan dalam mulut dinosaur. 3 bola, RM10. Kalau masuk dalam mulut dinosaur, dapat hadiah. Lepas tu, ada signboard ENTRY. Boleh masuk dalam mulut dinosaur. 😲 Yang ni bayar RM10 dapat pecah2 kan seketul tanah guna tukul dan screwdriver. Dapatkan fosil dinosaur kat dalam tu. Ada disediakan baju dan goggle. Tapi baju tu saiz kanak2 lah. Dekat bahagian belakang pula ada skrin besar yang tayangkan dokumentari dinosaur. Dua kali Syamil duduk sini. Excited tengok dinosaur dalam skrin. Yang kat luar dia takut. 😅 Dah tengok dokumentari bolehlah cuba sand art pulak. Yang ni memang best. Bukan Syamil je khusyuk, Nini pun sama. 😁 Nini tak pernah buat sand art ni. Selalu kat mall, lalu je...