DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: NAK CUBA JINAKKAN DINOSAUR?

Dah tahu kan apa Dinosaurs Alive? Kalau belum, boleh tengok https://dihujungtintasazwani.blogspot.my/2017/08/menjejaki-dinosaur-di-kuala-lumpur.html

Kali ni Nini nak sambung cerita. Dekat luar dah ada dua dinosaur. Masuk je dalam, memang terpukau tengok dinosaur2 lain. Paling besar mestilah T-rex. Kepala dengan ekor trex tu bergerak2 je. 

Trex tu memang tinggilah. Tak boleh nak acah2 jinakkan bapak trex tu. Tapi dekat tengah2 tu ada dinosaur yang bergerak2, buka tutup mulut dia. Bolehlah nak pegang ke, nak masukkan tangan dalam mulut dinosaur ke, cuma janganlah cabut gigi dinosaur pula ye? Sentuh elok2 untuk ambil gambar je.


Kebanyakan gambar memang Syamil tak duduk diam. Sebabnya dia asyik terkejut dengan bunyi dinosaur. Baru je bertenang sikit, dah dinosaur berbunyi. Gambar semua bergerak je.

Mula2 masuk, sebelah kanan ada dinosaur ni. Bolehlah bergambar. Macam Syamil ni, dia terkejut lagi sebab baru je masuk. Sebelum datang bukan main lagi cakap tak takut. Siap bagitahu "Nanti Syamil tembak dinosaur". Baru dengar bunyi dinosaur dah peluk ayah.  😂

Tengoklah Syamil peluk kaki ayah 😃

T-rex yang paling besar
Jalan sikit, ada sudut bergambar lagi. Boleh duduk atas dinosaur. Ataupun masuk dalam telur dinosaur tu. Ikut kreativiti masing2. Yang ni pun jenuh pujuk Syamil duduk atas tu. Dia takut dinosaur kecik yang nampak kepala je baru keluar dari telur. Yang kat belakang tu la Trex yang paling besar dalam ni.



Dah lama2, kuranglah rasa takut dia. Dah boleh rawr kan balik je dinosaur tu. 



Kalau nak bergambar dalam mulut dinosaur pun boleh. Tapi ni Syamil tarik suruh keluar. Sempat lagi dia buat peace sebab nak ambil gambar.



Siapa2 yang nak lepak lama2 dengan dinosaur, bolehlah beli makanan dari sudut kafe kat bahagian belakang. Ada disediakan meja dan kerusi jugak. Boleh beli, duduk makan dan sambung melawat dinosaur.
Kalau nak ke tandas, boleh cari signage toilet ni.


Keluar dari khemah, terus jalan ke tandas. Tak silap Nini ada 4 tandas. Kalau ramai, kena beraturlah. Hari tu Nini pergi, bersih. Cuma tak boleh lama2 sebab Syamil dah risau tak ada dinosaur pun kat luar tu. Sibuk nak pergi tengok dinosaur lagi.

Ni jalan nak ke khemah semula (Nini ambil gambar dari tandas)
Nak tahu aktiviti2 menarik yang ada di Dinosaurs Alive? 
Tunggu bahagian seterusnya.

Nak pergi jalan2 jangan lupa ambil multivitamin. Nini semestinya pilih Vitalea Shaklee. Hanya dua tablet sehari.  Setiap tablet mengandungi 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C dan Beta Koratena untuk perlindungan antioksidan.
Bahasa mudahnya, Vitalea membekalkan nutrien penting untuk kesihatan optimum. 

Perlukan multivitamin? Hubungi Nini 013-2200179



Nak tahu aktiviti2 menarik di Dinosaurs Alive?
Teruskan baca bahagian ketiga 
https://dihujungtintasazwani.blogspot.my/2017/08/dinosaurs-alive-kuala-lumpur-aktiviti.html

Comments

Popular posts from this blog

SINGGAH DI PANTAI BALOK - SAMSURIA BEACH RESORT & RESIDENCES

ULASAN BUKU –ALLAH DALAM HATI ANAKKU #2

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK