Posts

Showing posts from 2017

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK

Image
Masuk je dalam, sebelah kiri ada inflatable play area. Macam biasa, kena buka kasut. Ada disediakan kerusi2 untuk kanak2 duduk, letak beg dan bukak kasut. Ada 3 inflatable play area ni. Satu kat depan, dua kat belakang. Jalan sikit, ada permainan bola. Boleh cuba baling bola masukkan dalam mulut dinosaur. 3 bola, RM10. Kalau masuk dalam mulut dinosaur, dapat hadiah. Lepas tu, ada signboard ENTRY. Boleh masuk dalam mulut dinosaur. 😲 Yang ni bayar RM10 dapat pecah2 kan seketul tanah guna tukul dan screwdriver. Dapatkan fosil dinosaur kat dalam tu. Ada disediakan baju dan goggle. Tapi baju tu saiz kanak2 lah. Dekat bahagian belakang pula ada skrin besar yang tayangkan dokumentari dinosaur. Dua kali Syamil duduk sini. Excited tengok dinosaur dalam skrin. Yang kat luar dia takut. 😅 Dah tengok dokumentari bolehlah cuba sand art pulak. Yang ni memang best. Bukan Syamil je khusyuk, Nini pun sama. 😁 Nini tak pernah buat sand art ni. Selalu kat mall, lalu je...

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: NAK CUBA JINAKKAN DINOSAUR?

Image
Dah tahu kan apa Dinosaurs Alive? Kalau belum, boleh tengok https://dihujungtintasazwani.blogspot.my/2017/08/menjejaki-dinosaur-di-kuala-lumpur.html Kali ni Nini nak sambung cerita. Dekat luar dah ada dua dinosaur. Masuk je dalam, memang terpukau tengok dinosaur2 lain. Paling besar mestilah T-rex. Kepala dengan ekor trex tu bergerak2 je.  Trex tu memang tinggilah. Tak boleh nak acah2 jinakkan bapak trex tu. Tapi dekat tengah2 tu ada dinosaur yang bergerak2, buka tutup mulut dia. Bolehlah nak pegang ke, nak masukkan tangan dalam mulut dinosaur ke, cuma janganlah cabut gigi dinosaur pula ye? Sentuh elok2 untuk ambil gambar je. Kebanyakan gambar memang Syamil tak duduk diam. Sebabnya dia asyik terkejut dengan bunyi dinosaur. Baru je bertenang sikit, dah dinosaur berbunyi. Gambar semua bergerak je. Mula2 masuk, sebelah kanan ada dinosaur ni. Bolehlah bergambar. Macam Syamil ni, dia terkejut lagi sebab baru je masuk. Sebelum datang bukan main lagi cakap tak taku...

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: MENJEJAKI DINOSAUR DI KUALA LUMPUR

Image
Seperti yang dijanjikan, Nini tulis beberapa bahagian ye? Bahagian yang pertama ni pengenalan. Berapa ramai yang ada anak yang sangat sangat sangat suka dinosaur? Inilah peluang nak bawa anak2 tengok dinosaur yang besar saiznya, bergerak dan berbunyi. Siapa2 yang ada di sekitar KL & Selangor bolehlah melawat Dinosaurs Alive yang terletak di MaTic (Pusat Pelancongan Malaysia), Jalan Ampang ni. Matic ni berdekatan KLCC.  Anda boleh pergi dengan kereta ataupun naik LRT. Kalau naik kereta, boleh parking di Lanai Matic (betul2 sebelah Dinosaur Alive). Kalau di Lanai Matic tu sekali masuk RM7 (Isnin- Jumaat). Kalau Sabtu dan Ahad, RM5 sekali masuk. Berhadapan Dinosaur Alive ada tempat parking jugak. Nini tak ingat namanya tapi ada banner besar tulis Parking Sabtu Ahad RM3.50 (tak pastilah RM3.50 tu sejam pertama ataupun sekali masuk). Kami parking di Lanai Matic kebetulan ada kosong. Kalau rajin nak berjalan2, boleh naik LRT. Boleh pilih sama ada nak turun di ...

JOM MENAPAK CARI DINOSAUR

Image
Nini ada homework!!!! Encik suami cakap, kalau nak ikut jalan2 kena up satu post. Maklumlah dah bersawang blog ni. Kesian dia.  Nini nak siapkan tugasan Nini ni. Nini cerita plan kami untuk esok hari ye? Kami nak ke Dinosaur Alive!!!! Disebabkan Syamil sangatlah suka dinosaur, dan kami pun teruja bila dapat tahu ada dinosaur dekat KL ni, kami buat keputusan yang kami kena pergi. Tapi ada satu masalah. Dah bayar tiket, tak nak lah tengok orang ramai2. Jadi, pergi masa hujung minggu bukan satu pilihan. Encik suami kenalah cuti. 😉 Tiket masuk pula boleh beli siap2 online ataupun beli di sana je. Sebab tak ada diskaun online, jadi kami nak beli sebelum masuk je. Untuk orang dewasa, RM50 seorang dan kanak2 umur 3-12 tahun pula RM30. Bawah 3 tahun percuma saja. Kami plan nak naik MRT. Sebabnya Syamil belum pernah naik MRT dan kami tak nak bayar parking mahal dekat tengah KL tu. Kami naik MRT, turun di stesen Muzium Negara. Jalan2 pergi KL Sentral. Naik LRT putra ke KLCC...

MAHUKAN ANAK IKUT PERATURAN, TANPA PERLU DIPAKSA?

Image
Hujan lebat, guruh, kilat sabung-menyabung. Sememangnya bukan masanya nak belek henfon. . Syamil tidur lena. Nini pun capai satu buku dari rak. Asyik2 beli buku, dah sampai masa baca dan kongsikan isi buku2 ni pulak. . . Kali ni salah satu bab dari buku nukilan Jiji (Adlil Rajiah). Macam mana nak latih anak untuk ikut peraturan, tanpa gunakan sebarang kekerasan. . . Menarik kupasan ni. Sebab kita pun tak suka dengan paksaan kan?  Benda yang kena paksa buat, yang itulah yang kita tak nak buat.  . Jiji bagi proses yang mudah saja. Beri motivasi --> Gembirakan anak --> Beri penekanan positif . 3 langkah mudah, menggunakan jadual harian dan 'stickers'. Sebagai permulaan, Nini senaraikan 6 perkara saja dulu. Bangun pagi Kencing dalam tandas Mandi 2 kali Baca buku dengan Umi Kemas mainan Bagi ikan makan .  Langkah pertama, BERI MOTIVASI Boleh beri stiker untuk setiap matlamat yang tercapai . Langkah kedua GEMBIRAKAN ANAK Raikan setiap ...

PENING NAK PILIH BAHASA

Image
Alkisahnya, semalam kami suami isteri berbincang tentang bahasa. . Bukan bahasa puitis. Tapi pilihan bahasa yang kita guna untuk berkomunikasi. . . Encik suami rasakan yang sebagai orang Melayu, kita sepatutnya lebih cenderung berbahasa melayu. . Nini pulak jenis tak kisah. Tak terasa pun kalau tiba2 ada orang memilih untuk menggunakan bahasa Inggeris. Tak salah. Kebebasan bersuara kan? . Bagi Nini, apa pun bahasa yang kita pilih nak guna, asalkan kita bercakap dengan nada yang sesuai, hormat pendapat orang lain dan tidak sarkastik. Mungkin juga kita boleh guna bahasa ikut kesesuaian dengan siapa kita bercakap dan di mana. Contohnya, kalau ke kedai runcit, tak perlu berbahasa Inggeris.  Tapi, kalau di tempat kerja misalnya, ada pelanggan bertanya menggunakan bahasa Inggeris, tak salah langsung untuk kita jawab dalam bahasa Inggeris. . Yang jadi masalahnya sekarang, bahasa apa yang patut kami guna dengan Syamil? . . Sekarang ni, memang guna bahas...

ADA TOKOH JADI ABANG KE?

Image
Syamil dah hampir 3 tahun. Cepat sangat masa berlalu. Pejam celik dah macam2 Syamil boleh buat. . . Sebenarnya, rindu sangat masa Syamil kecik2 dulu. Walaupun sebenarnya dulu jenuh tunggu bilalah Syamil nak besar. :) . . . Dulu, lepas kahwin je Nini terus amalkan asid folik. Asid folik ni penting untuk melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem saraf. . Asid folik ni diambil sampailah usia kandungan 12 minggu. Dalam Shaklee, asid folik ada dalam b complex. Sambil dapatkan asid folik, boleh dapat tenaga sekali. . . Kalau dulu, bangun setiap 2 -3 jam untuk minum susu, sekarang punyalah susah nak tidur. . Kalau dulu, meniarap je diam2. Sekarang melompat dari kerusi ke kerusi . Kalau dulu, naik walker pusing keliling rumah. Sekarang kayuh basikal keliling rumah. . Kalau dulu tak pandai share mainan, sekarang suka main dengan kawan2. . Kalau dulu asyik jealous, sekarang dah pandai kawal sikit. . . Jadi, a dakah saya ada tokoh untuk jadi the best...

DARI JAKARTA KE STASION BANDUNG

Image
Belek-belek gambar lama sebab cadangnya nak siapkan satu photobook. Terjumpa gambar ni. . . Gambar ni di stesen keretapi Bandung. Masa ni Nini dan Syamil duduk dengan encik suami yang kerja buat jalan tol di Subang, Indonesia.  . . Kami bertolak dari Subang (Indonesia ye) dan ambil ayah, mama dan Asyraf di stesen keretapi. Ayah, Mama dan Asyraf dari Jakarta ke Bandung.  . . Kami sampai awal di stesen Bandung, dan keretapi pulak terlewat. Di stesen Bandung ni ada dua pintu keluar. Keretapi yang sampai dari Jakarta keluar di pintu A tapi kami menunggu di pintu B. Pintu A dengan B ni pulak jauh yang kena naik kereta.  . . Kalau melibatkan kereta di Bandung ni, nanti macet (jem teruk).  Sebab tak nak Mama dan Ayah tunggu kami, Ayah dan Mama kena melintas ke sebelah pintu keluar B.  . . Nasib baiklah Ayah dan Mama memang amalkan Omega Guard dan Ostematrix (kalsium). Ayah dan Mama tak ada masalah travel lama dan jauh, kemudian nak berjalan2 lagi. Samp...

DEMAM SELSEMA... NAK BUAT APA?

Image
Musim tenis kan sekarang? Syamil pun nak main tenis jugak. . . . Aktiviti fizikal memang bagus sangat untuk kita. Tapi, sekarang ni musim hujan. Kalau terkena hujan, orang2 tua suruh cepat2 mandi. Basahkan kepala, tepuk2 sikit.  . . Tapi, selalunya kalau tak mandi terus lepas kena hujan, memang bersin2 lepas tu selsema. . . Kalau budak2 lagi la risau. Bila selsema, mulalah meragam. Tak selesa kan? Hingus, hidung tersumbat, tak boleh tidur lena. . . Kalau Syamil, Nini memang bagi siap2 Nutriferon. Nutriferon ni untuk boost immunity. Yang lagi best, Syamil memang suka sangat. Siap request nak ubat. Sebab rasanya manis2. Nini pun suka. . . Kalau risaukan anak demam, boleh bagi siap2 musim2 hujan dan demam ni. Kalau tengah demam pun bagus juga nak cepat sembuh. Tapi kalau dah suhu panas, kenalah bagi ubat demam jugak ye. Jangan biarkan suhu badan anak panas sangat.

DETOKS DIGITAL... PERLUKAH?

Image
Hari ni, Nini baca tiga artikel berkaitan detoks digital. Artikel pertama tentang perlunya detoks digital untuk membina semula hubungan emosi dalam keluarga. Artikel kedua menceritakan bagaimana keluarga digital akan menjejaskan perkembangan anak. Artikel ketiga pula peringatan kepada ibu bapa tentang bahayanya bila ibu bapa sendiri jadi buta dek silauan digital.  . . Sebenarnya, benda ni berlaku pada diri Nini sendiri. Kadang2 (ermm seringkali) Nini juga hanyut dalam dunia sendiri. Scroll facebook, klik link demi link, abaikan sekeliling.  . . Tapi, Nini cuba sedaya upaya menghadkan semua tu dan luangkan lebih masa dengan orang sekeliling. Nasib baik ada encik suami yang selalu mengingatkan. . . Bila bercakap tentang detoks digital, tak semestinya anda terus putuskan hubungan dengan dunia digital selama 24 jam. Mulakan sedikit demi sedikit. Misalnya setengah jam sehari. . . Letak telefon, laptop anda di tepi. Jangan sentuh langsung dalam setengah jam tu. Tumpuk...

OBSES DENGAN ORGANIZING HOME VIDEOS

Image
Sekarang ni, Nini obses dengan tips2 organizing you homes. Sebelum tidur pun boleh tilik lagi video2 macam mana nak keep organized. Buat masa ni, Nini sangat2 suka tengok Alejandra ni. Banyak video dia di youtube. PERCUMA tau. 💃💃 . . Alejandra ni suka guna barang2 dari 4 dollar store. Kalau macam kita, kedai RM2 ataupun Daiso. Maksudnya, guna barang2 affordable dengan kreatif untuk bantu proses penyusunan.  . . Nini pun apa lagi, subscribe je page Alejandra ni. Dia bagi tonton video bagi beginner, dia ajar setiap hari macam mana nak mulakan semua ni. . . Ye lah. Ada banyak ruang dalam rumah kita. Kat mana kita nak mula kan? . . Nini mula dengan shopping! Hehe.. Kebetulan pergi branch Shaklee, lepas tu pos barang customer, Nini singgah Daiso dan Mr DIY. Dapat lah borong 3 plastik beg. 🙈🙈 . . Nanti Nini share apa yang Nini beli. Sekarang ni, Nini nak tengok video yang Alejandra dah hantar pada Nini. Video ni hanya member access tau. Nak tengok kena jadi membe...