Posts

Showing posts from 2016

SINGGAH DI PANTAI BALOK - SAMSURIA BEACH RESORT & RESIDENCES

Image
Percutian kami pusing Semenanjung. Di Pahang, kami berhenti di Kuantan. Bermalam di Samsuria Beach Resort & Residences. . . Bilik luas, siap ada dapur gas, microwave, kitchen cabinet, peti sejuk dua pintu, 2 televisyen, balkoni, katil king, almari pakaian, penyidai kain, bath tub. . . . . . Fuhhh... Memang rasa macam dekat rumah. . . Mula2 sampai, ingat nak tidur dua malam. Tapi bila fikir2 balik, nanti tertangguhlah perjalanan kami pusing Semenanjung.  . . Oh ye, semua ni dengan harga yang sangat berpatutan tau (Macam mana nak dapat the best deal untuk tempah hotel? Ni Nini ceritakan entry seterusnya ye). . . Kami sampai Pantai Balok dah pukul 3 petang. Check in, angkat barang2, rehat dalam bilik. Syamil memang kejap tengok tv kat ruang tamu, sekejap lagi suruh bukak tv dalam bilik pulak.  . . Kami bermalam di Samsuria Beach Resort and Residences. Betul2 tepi pantai. Lepas asar, memang terus pergi pantai. Syamil suka sangat main2 pasir ni. . . Dah pe

TIPS MUDAH MULA AJAR ANAK MEMBACA

Image
Nini tau, ramai yang nak anak pandai membaca kan?  . . Tapi, ramai yang tak tahu macam mana nak mula, bila boleh mula. Dan ramai juga yang biar cikgu saja yang ajar.  . . Sebenarnya, kita sendiri boleh ajar tau. Hanya perlukan 5 - 10 minit sahaja sehari.  . . Tak sempat? Ermmm cuba letak smartphone canggih2 tu kat tepi sekejap. 5 minit saja letak tepi. Pandang anak, fokus pada dia, hanya  5 minit. . . Okay, macam mana nak anak pula fokus pada kita? Ada dua benda paling penting.  1) ikut kecenderungan anak 2) SABAR . . Ikut anak. Kalau anak tengah main lego, kita susunlah lego bentuk huruf2. Kalau anak suka conteng2, kita bagi flashcard untuk dia conteng. Kalau anak suka mengira, kita kira sama2 dengan dia. . . Ingat, ikut anak. Bukan ikut kita. Nanti kita paksa pulak anak main playdoh. Anak nak main pasir. :) . . Lepas tu, sila bersabar. Kena banyak2 sabar. Sebab tu tak boleh belajar sambil main lama2.  Sesingkat yang mungkin, ngam-ngam dengan tahap kesabar

SATU MALAM DI JOHOR BHARU

Image
Selepas Melaka, kami ke Johor Bharu. Pagi tu, kami sarapan, mandi di swimming pool dulu barulah kami teruskan perjalanan. . . Dalam perjalanan, kami singgah di Muar. Kebetulan lalu di depan Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA). Ini sekolah Kak Sulha. Nini pun pernah ke sini dulu, semasa Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP). Masa tu dah Form 5. Nini join team basketball. Umi tak berapa nak izinkan sebab bila join peringkat kebangsaan, untuk wakili zon utara, boleh kata setiap hari dan hampir setiap masa kami berlatih. Kan nak SPM dah. Nasib baik tak kantoi SPM sebab taksub sungguh nak main. J . . Kami teruskan perjalanan. Tapi sebelum sampai JB, kami singgah cuci mata di JPO. Syamil saja sibuk memilih, akhirnya kami beli coklat Upin Ipin. :-D . . Sampai di JB dah lewat petang. Kami rehat dulu sebelum keluar makan malam. Sempat merasa sup gearbox. Dah kenyang, konon2 nak terus balik hotel telan Omega Guard. Maklumlah, habis semangkuk kami hirup sup. .

RIVER CRUISE MELAKA -EXPLORE MELAKA DI MALAM HARI

Image
Malam di Melaka, kami plan nak naik bot. Tapi, sebelum tu kenalah makan dulu. . . Kami makan di Ikan Bakar Parameswara. Ramai orang walaupun bukan malam minggu. Ikan Bakar Parameswara ni dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. . . Boleh pilih ikan, udang dan sotong. Order nak masak macam mana, kemudian pilih meja. Nanti ada orang datang order minuman. Boleh pilih nak duduk di bahagian depan, dalam ataupun atas bot. . . Makanan dia memang sedap. Patutlah ramai orang. Harga pun boleh tahan. Tak adalah tengok harga rasa macam nak pengsan.  . . Lepas je makan, kami terus ke jeti river cruise Melaka. Mula2 sesat, tersilap ke seberang sungai. Nasib baiklah kami sampai tu masih awal. Rupa-rupanya River Cruise Melaka ni tutup pukul 11 malam. Kalau nak pergi siang hari, pukul 9 pagi dah buka. .            . Sebelum ni masa zaman belajar, Nini dah naik dah bot ni. Tapi, masa tu naik siang hari. Kali ni, bawak Syamil naik malam pulak. Boleh tengok lampu. Harga

REVIEW BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA

Image
Habis je round Zoo Melaka, perut dah berkeroncong. Kami singgah lunch sebelum check in hotel. . . Malam pertama kami di Melaka, kami tidur di Bayou Lagoon Park Resort. Bayou Lagoon ni menyediakan penginapan (service apartment) dan juga water park. Betul2 bersebelahan Gold Coast Melaka. . . Encik suami dah tempah studio apartment melalui traveloka. Mula2 masuk terus wow… Bestnya. Spacious. Ada ruang bancuh air, ruang minum, ruang tamu dengan tv, 2 single bed, almari, meja kerja dan tandas yang luas. . . . . Syamil pun terpegun tengok water park kat bawah tu. Nampak best. Susah la jugak nak pujuk Syamil tidur sebab dia dah excited nak mandi. Sebenarnya, Nini pun tak sabar2 nak pergi waterpark tu. ;-P . . Kami dah tempah bilik sekali dengan tiket waterpark. Boleh masuk lepas check in dan sebelum check out. Kalau nak walk in ke water park saja pun boleh. Harga weekdays dan weekend berbeza. Hari biasa, dewasa RM22 manakala hujung minggu dan cuti seko

ZOO MELAKA: MANA LAGI BEST? ZOO ATAU NIGHT SAFARI?

Image
Bermulanya pengembaraan kami round semenanjung di Melaka. . . Sengaja kami bertolak awal pagi. Sampai di Melaka lebih kurang pukul 11. Terus kami ke Zoo Melaka. . . Memang beriya2 sangat nak bawa Syamil ke Zoo Melaka. Sebabnya kata kawan, harimau, gajah di Zoo Melaka lebih rajin berbanding di Zoo Negara. ;-) . . Tiket masuk RM17.80 bagi orang dewasa, RM7.10 bagi kanak2 bawah 12 tahun, dan percuma untuk kanak2 3 tahun dan ke bawah. Murah dan berbaloi. Syamil masuk percuma. Yeayyyy.. . . Kalau nak naik tram, boleh beli tiket di kaunter tram dalam zoo. RM5 untuk dewasa, RM3 untuk kanak2. Kami tak naik tram, kami sewa troli kereta ni untuk Syamil. Seronok je dia bawak kereta sendiri. . . Di belakang kaunter tram tu, ada kawasan arnab. Kita boleh masuk dan beri makan pada arnab2 ni. Beli saja makanan arnab yang dijual. Boleh usap2 arnab dan juga tengok baby rabbit. Petugas dan penjaga arnab tu pula sangatlah ramah. Best bila boleh dekat dengan haiwan macam

BANGGA KENAL KAK CIP IN PERSON...

Image
Nini bertuah sebenarnya. Dapat mengenali Kak Cip in person. . . . Bangga dapat tengok sendiri usaha Kak Cip diiktiraf. Kak Cip memang layak dapat semua ni.  . . . Bermula sebagai pelanggan tetap, Nini sekarang jalankan home-based business. Dari rumah, sambil jaga anak sendiri. . . Nini bermula tanpa ada apa2 pengalaman meniaga. Tak pernah berjaya menjual apa2 dari zaman sekolah. Tak reti, segan, tak yakin. . . I am confident in teaching, but not selling. Bukan jenis mulut manis nak jual2 barang. . . Tapi, Kak Cip ni lain. Dia percayakan Nini. Ajar Nini from scratch. Kongsi tips bisnes, beri idea untuk expand, selalu beri motivasi, ajar tentang suplemen. Yang penting sekali, Kak Cip sabar sangat dengan Nini.  . Sabar dengan progress Nini. Sabar dengan kerenah Nini. Sabar dengan tidak konsistennya Nini. . . And because of that, I am truly inspired by you Kak Cip. . Nini nak jadi macam Kak Cip. . . Nini nak tolong orang mulakan bisnes ni. Nini nak kongsika

...RINDU PADA KOTA SUBANG...

Image
Tiba2 rindu pada kota Subang, Indonesia.  . . Nini pergi dan tinggal di sana sejak Syamil enam bulan. Nini resign dan pindah. Banyak sebab tapi sebab utama mestilah encik suami.  . . Nini teringin nak rasa jadi fulltime housewife. Dan masa tu, encik suami selalu sedih sebab dia takut Syamil tak kenal dia. Maklumlah, jumpa sebulan sekali.   . . Bermulalah episod sebagai suri rumah tangga sepenuh masa. Dan masa tu, setelah setahun setengah kahwin, barulah kami tinggal sama2 di rumah sendiri. . Kena masak sendiri, kemas rumah sendiri, handle baby sendiri. . Nasib baik encik suami memang dah dibiasakan dengan kerja2 rumah jadi dia ringan tulang. Tolong sapu sampah, mop lantai, basuh baju, lipat baju, masak sayur, cuci pinggan, cuci botol. . . Walaupun encik suami dah tolong macam2, Nini masih lagi rasa overwhelmed. Penat, tak terurus, lesu, sakit kepala, stress. Maklumlah, Syamil masih kecil, malam2 bangun nak susu adalah dua tiga kali.  . . Itu belum masa Syamil tak si