Posts

Showing posts from March, 2016

SYAMIL DAN TERIMA KASIH

Image
Terima kasih… Dah memang menjadi kebiasaan bila saja selesai membayar barang yang dibeli, pasti saya ucapkan terima kasih kepada ‘cashier’ (juruwang). Selalunya sambil dukung Syamil, masukkan duit baki dalam beg dan terkontang-kanting ambil beg-beg plastik tu, mata mesti pandang cashier dan mulut automatik je cakap terima kasih. Satu yang pasti, masam macam cuka pon wajah cashier sebelum tu, lepas tu mesti senyum. Rasanya besar makna terima kasih tu pada mereka. Yelah, dah penat hampir seharian berdiri, layan pelanggan. Ada satu hari ni, Syamil ambil span yang dah dibentuk jadi nombor2. Dia berlari2 keliling Popular tu cakap nak bayar. Saya pun cepat2 cari cashier sebelum Syamil ambil benda lain. Macam biasa, selesai bayar saya masukkan duit baki dalam beg. Semenjak dah ada anak, duit baki memang campak saja dalam beg. Nanti dekat rumah baru susun balik elok2 dalam dompet. Syamil main dulu ye, Umi pilih buku Okay sambung cerita kejadian dekat cashier tadi. Saya baru ...

PENAT, LETIH, LESU…

Image
Sebelum ni, ada masa rasa nak tidur saja sepanjang hari. Rasa lesu dan tak bermaya. Tapi akan daya, siapa pula nak jaga Syamil? Syamil dah pun berusia 1 tahun 22 bulan. Lagi dua bulan dah masuk dua tahun. Pada usia beginilah kanak-kanak aktif berlari, memanjat, melompat dan meneroka persekitaran mereka. Sebelum ini, saya banyak bergantung pada kafein untuk memberikan tenaga. Hampir setiap hari minum Nescafe. Okay, sebenarnya setiap hari saya minum satu mug Nescafe panas. Mungkin dah sampai tahap ketagih. Kalau saya tak dapat Nescafe, pukul 8 malam dah tak larat nak buka mata. Memandangkan kafein ni tak berapa elok untuk badan kita bila diambil secara berlebihan, saya pun mula mencari-cari suplemen untuk menambah tenaga. Yelah, mana nak memasak, nak kemas rumah, main dengan Syamil, dan “homeschool” kan Syamil (yelah, dulu kan cikgu. Sekarang Syamil jadi anak murid. Lepas gian mengajar.). Masa tu lah saya cepat-cepat hubungi Kak Cip dan dia terus cadangkan ESP. Saya setuju u...

ULASAN BUKU –ALLAH DALAM HATI ANAKKU #2

Image
Selepas beberapa subtopik dalam pengenalan, penulis menghuraikan dengan terperinci langkah-langkah mengaplikasikan teknik ADHA (Allah Dalam Hati Anakku) dalam situasi harian. Penulis memberikan contoh perbualan serta peristiwa yang berlaku antara beliau dengan anak perempuannya. Apa yang menarik perhatian saya dalam bab pertama “Bagaimana mengaplikasi teknik ADHA supaya anak rajin belajar?” adalah apabila penulis menghuraikan permasalahan anak-anak sekarang yang lebih gemar menghabiskan masa menonton televisyen serta bermain ‘game’. Penulis bukanlah bermaksud mahu anaknya hanya belajar sepanjang masa, tetapi penulis menyatakan kerisauannya apabila beliau perasan anaknya hanya gemar menonton rancangan kartun sepanjang hari. Kenapa anak malas belajar? Kenapa anak lebih suka menonton kartun kegemarannya yang sama berulang-ulang kali? Kenapa anak lebih gemar bermain dengan tablet / smartphone? Sebab utama semua permasalahan ini adalah kerana anak tidak mempunyai misi hidup ata...

ULASAN BUKU –ALLAH DALAM HATI ANAKKU #1

Image
Alhamdulillah..Petang tadi dah sampai pon buku Allah dalam hati anakku hasil nukilan Dr Siti Ujila Masuri. Buku ni saya dah tempah (pre-order) bulan lepas. Janjinya hujung bulan Mac. Tapi bila dah dapat awal, seronok sangat-sangat. Tak sabar dah nak baca. Kenapa saya beli buku ni?   Saya sangat tertarik dengan pendekatan Dr Siti Ujila mendidik anak-anak beliau. Setiap ‘post’ beliau di facebook ( DrSitiUjilaOfficial ) pasti saya copy and paste untuk rujukan masa akan datang. Semasa pre-order, harga yang ditawarkan lebih murah dari harga jualan selepas pelancaran buku. Tambahan lagi, mereka menawarkan khidmat pos laju percuma untuk penghantaran buku. (Saya memang pantang tengok perkataan percuma, mulalah bodek suami sampai dapat) Saya mahu anak saya berjaya dalam akademik tetapi pada masa yang sama mempunyai kekuatan dalaman yang kuat (sentiasa ingat dan tahu bahawa semuanya datang dari Allah)   Saya mahu anak yang tidak mudah putus asa, sentiasa memberi manfaa...

ESP –PENGALAMAN KALI PERTAMA

Satu bekas ESP (Energized Soy Protein) terbuang begitu saja. Ermmm kalau nak buang, tak payahlah susah-susah beli. Bukannya harga RM1 nak dibuang-buang. Kalau benda murahpon, takkan dibuang begitu saja. Membazir namanya. Membazir tu bukan ke amalan syaitan? ESP ni salah satu supplemen dalam set Shaklee. Set Shaklee tu saya beli sebagai persediaan untuk berpantang. ESP khususnya bertujuan untuk memberi tenaga dan memeriahkan penghasilan susu sepanjang berpantang. Walaupun boleh diminum sebelum bersalin, tetapi tak pernah pula terlintas di fikiran untuk bancuh dan cuba rasa. Masa berpantang, pertama kali Umi bancuh ESP (2 sudu besar + air suam), rasanya tak sedap. Sedap lagi kopi O panas. Sepanjang masa berpantang, selain minum air suam (air sejuk Umi tak benarkan), saya minum air milo suam, kopi O panas dan the herba. ESP  tu minum 4 hingga 5 kali sahaja. ESP ni kalau dikacau dengan sudu sahaja, nanti tak larut dan tak sebati, masih berketul-ketul. Nasib baiklah...