SYAMIL DAN TERIMA KASIH

Terima kasih…

Dah memang menjadi kebiasaan bila saja selesai membayar barang yang dibeli, pasti saya ucapkan terima kasih kepada ‘cashier’ (juruwang). Selalunya sambil dukung Syamil, masukkan duit baki dalam beg dan terkontang-kanting ambil beg-beg plastik tu, mata mesti pandang cashier dan mulut automatik je cakap terima kasih. Satu yang pasti, masam macam cuka pon wajah cashier sebelum tu, lepas tu mesti senyum. Rasanya besar makna terima kasih tu pada mereka. Yelah, dah penat hampir seharian berdiri, layan pelanggan.

Ada satu hari ni, Syamil ambil span yang dah dibentuk jadi nombor2. Dia berlari2 keliling Popular tu cakap nak bayar. Saya pun cepat2 cari cashier sebelum Syamil ambil benda lain. Macam biasa, selesai bayar saya masukkan duit baki dalam beg. Semenjak dah ada anak, duit baki memang campak saja dalam beg. Nanti dekat rumah baru susun balik elok2 dalam dompet.

Syamil main dulu ye, Umi pilih buku

Okay sambung cerita kejadian dekat cashier tadi. Saya baru capai nak ambil barang yang dah dibayar, Syamil terus cakap terima kasih. Memang terkejut. Sebabnya saya tak pernah suruh atau ajar secara langsung dia sebut terima kasih. Umi Syamil ni sibuk suruh ikut baca Bismillah, panggil Umi, Ayah, Wan, sebut ABC, 123 pagi petang siang malam. Jadi, berdasarkan pengamatan saya, Syamil belajar cakap terima kasih ni secara tak langsung (indirectly). Mungkin asal saya shopping, mesti cakap terima kasih lepas bayar, Syamil pun ikut (Nampak sangatlah Umi Syamil ni kaki shopping).

Semenjak hari tu, apa2 saja yang saya buatkan untuk Syamil, mesti dia pun akan cakap terima kasih. Sampai tahap ayahnya bagi bantal untuk dia tidur tengah2 malam tu pun dia cakap terima kasih.

Satu yang saya paling terkesan, ucapan terima kasih dari Syamil tu memang ikhlas. Dia betul2 maksudkannya. Kalau Syamil minta apa2, memang sanggup je nak buat sebab nak dengar dia cakap terima kasih.

Ini satu bukti, betullah orang kata, anak itu cerminan ibu bapa. Kalau nak tengok anak berakhlak mulia, hormatkan orang, kita sebagai ibu bapa kena ubah sikap kita dulu. Apa2 sikap anak yang tak kena di mata kita, cepat2 refleksi diri. Kaji balik dari mana dia tengok dan tiru perbuatan tu. Cepat2 betulkan kelakuan kita. Kalau selalu marah2, kena banyak bersabar. Istighfar... Kalau anak buat perangai, sabar... Kalau kita marah2, jangan hairan bila nanti anak pun asal bad mood je nak marah2.  

Ingat.. anak tu cerminan ibu bapa.


Alhamdulillah. Terima kasih Allah sebab kurniakan Umi anak yang suka berterima kasih. 

Comments

Popular posts from this blog

SINGGAH DI PANTAI BALOK - SAMSURIA BEACH RESORT & RESIDENCES

ULASAN BUKU –ALLAH DALAM HATI ANAKKU #2

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK