ULASAN BUKU –ALLAH DALAM HATI ANAKKU #1


Alhamdulillah..Petang tadi dah sampai pon buku Allah dalam hati anakku hasil nukilan Dr Siti Ujila Masuri. Buku ni saya dah tempah (pre-order) bulan lepas. Janjinya hujung bulan Mac. Tapi bila dah dapat awal, seronok sangat-sangat. Tak sabar dah nak baca.



Kenapa saya beli buku ni?
  1.  Saya sangat tertarik dengan pendekatan Dr Siti Ujila mendidik anak-anak beliau. Setiap ‘post’ beliau di facebook (DrSitiUjilaOfficial) pasti saya copy and paste untuk rujukan masa akan datang.
  2. Semasa pre-order, harga yang ditawarkan lebih murah dari harga jualan selepas pelancaran buku. Tambahan lagi, mereka menawarkan khidmat pos laju percuma untuk penghantaran buku. (Saya memang pantang tengok perkataan percuma, mulalah bodek suami sampai dapat)
  3. Saya mahu anak saya berjaya dalam akademik tetapi pada masa yang sama mempunyai kekuatan dalaman yang kuat (sentiasa ingat dan tahu bahawa semuanya datang dari Allah)
  4.  Saya mahu anak yang tidak mudah putus asa, sentiasa memberi manfaat kepada orang lain, bersikap optimis, sentiasa berbaik sangka serta ingat Allah ketika susah dan senang.

Menurut penulis, empat langkah untuk teknik ADHA (Allah Dalam Hati Anakku) adalah:
  • Kaitkan dengan Allah
  • Sebut sifat, kuasa, dan kebaikan Allah
  • Kaitkan dengan anak
  • Doa kepada Allah


Satu perkara yang buat saya sangat tertarik adalah apabila penulis menceritakan bahawa teknik ADHA ini terinspirasi apabila penulis mengkaji Surah Yusuf.

Akhlak Nabi Yusuf as sangat sempurna. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan (dianiaya adik-beradik sendiri, terpisah dari bapa dan keluarga sejak kecil, dizalimi ketika dewasa), Nabi Yusuff as masih boleh memaafkan kesalahan orang yang menganiaya dirinya. Jadi, kita pastinya ingin tahu apakah tindakan/ajaran/pesanan/didikan yang Nabi Yaakub as (bapa Nabi Yusuf as) telah berikan sehingga Nabi Yusuf as mempunyai kekuatan dalaman sehebat itu.

Buku ini boleh didapati dari http://www.teknikadha.com/ 


Comments

Popular posts from this blog

SINGGAH DI PANTAI BALOK - SAMSURIA BEACH RESORT & RESIDENCES

ULASAN BUKU –ALLAH DALAM HATI ANAKKU #2

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK