ESP –PENGALAMAN KALI PERTAMA
Satu bekas ESP (Energized
Soy Protein) terbuang begitu saja.
Ermmm kalau nak buang, tak
payahlah susah-susah beli. Bukannya harga RM1 nak dibuang-buang. Kalau benda
murahpon, takkan dibuang begitu saja. Membazir namanya. Membazir tu bukan ke
amalan syaitan?
ESP ni salah satu supplemen
dalam set Shaklee. Set Shaklee tu saya beli sebagai persediaan untuk
berpantang. ESP khususnya bertujuan untuk memberi tenaga dan memeriahkan
penghasilan susu sepanjang berpantang. Walaupun boleh diminum sebelum bersalin,
tetapi tak pernah pula terlintas di fikiran untuk bancuh dan cuba rasa.
Masa berpantang, pertama
kali Umi bancuh ESP (2 sudu besar + air suam), rasanya tak sedap. Sedap lagi
kopi O panas. Sepanjang masa berpantang, selain minum air suam (air sejuk Umi
tak benarkan), saya minum air milo suam, kopi O panas dan the herba. ESP tu minum 4 hingga 5 kali sahaja.
ESP ni kalau dikacau dengan
sudu sahaja, nanti tak larut dan tak sebati, masih berketul-ketul. Nasib
baiklah SID (Shaklee Independent Distributor) merangkap rakan sekerja dah
berikan “Shaker” secara percuma dengan pembelian set posnatal.
Ini semua hanyalah
pengalaman pertama dengan ESP. Sekarang ni memang takkan tinggal minum ESP.
Pagi-pagi lagi dah bancuh ESP. Kalau tak minum ESP memang tak larat la bila
menjelang petang tu.
ESP saya ni saya beli dari
Kak Cip @ Dr Hasifah. Kak Cip kongsikan senarai resipi ESP dengan setiap
pembelian ESP. Kalau tak silap, ada lebih kurang 20 pilihan resipi yang mudah
dan enak. Bolehlah mencuba dan pilih yang mana satu yang berkenan di hati dan
sedap di tekak.
Saya akan kongsikan resipi
ESP kegemaran saya di blogpost yang lain. Percayalah, dengan resipi yang betul,
ESP tersangatlah sedap rasanya.
Memandangkan Shaklee ada
promosi ESP bulan ni (Mac 2016), saya sangatlah berbesar hati nak berkongsi
kebaikan minum ESP dengan semua orang. Untuk harga yang rendah dan
sangat-sangat berbaloi, bolehlah cepat-cepat beli sebelum hujung bulan ni.
Sebelum ni saya hanya beli
untuk kegunaan sendiri dan keluarga sahaja. Hanya bulan ni saya buka order
untuk apa-apa produk Shaklee terutamanya ESP. Sesiapa yang berminat untuk
mengetahui lebih lanjut boleh hubungi Wani@Nini
013-2200179 (whatsapp/telegram).
Comments
Post a Comment