Posts

Showing posts from April, 2016

BILA UMI SAKIT LUTUT...

Image
Semuanya bermula bila Umi rasa macam ada ketulan cecair di tapak kaki. Mula2 Umi tak rasa sakit. Tapi lama2 Umi mengadu sakit bila berjalan. . Masa tu, Nini dan Umi pergi klinik. Nurse tengok tapak kaki Umi dan bagitau yang nanti doktor kena korek dan buang akar. Terkejut Nini dan Umi. Apa benda sampai nak korek2. Berlubang la nanti. . Masa tu, jumpa doktor dan doktor bagi ubat tahan sakit. Tekanan darah Umi tinggi sikit, jadi doktor suruh makan ubat tekanan darah tinggi sekali. . Nini tak puas hati. Nini dan Umi pun pergi ke satu farmasi ni. Farmasi Aman. Memang terkenal di kawasan Gombak ni. Ahli Farmasi yang cekap. Dia tengok kaki Umi, bila dia tekan ketulan kat tapak kaki tu, dia pun tanya ada sakit lutut ke? . Memang Umi sakit lutut. Dia pun bagi satu vitamin. Dia cakap, cecair kat lutut Umi dah kurang sangat2. Dan memang perkara ni biasa berlaku pada wanita bila dah sampai usia tertentu. . Umi amalkan vitamin lutut tu (kami panggil vitamin lutut sebab Umi kan...

SYAMIL – YUK KE FARM HOUSE LEMBANG (BAHAGIAN 2)

Image
Kami pun berjalan2 la keliling Farm House. Ramai orang kan? Hehe..Kami jalan2 sampailah jumpa dataran ni.Syamil suka sangatlah berjalan2 kat sini. Siap lari2. Nasib baik jumpa dataran lapang ni.  Dah penat berjalan, kami singgah di restoran. Rehat sambil hirup udara segar. Syamil siap pergi tegur pelayan restoran lagi. Maklumlah cewek. Lepas tu, dia jadi supervisor dok berjalan keliling restoran. Hiasan dalaman restoran ni unik, meja dan kerusi pun boleh tahan banyak. Mula2 kami duduk di bawah, kemudian naik tingkat atas. . Dah kenyang makan, kami teruskan berjalan. Tujuan utama datang sini nak tengok ayam. Misi mencari ayam Syamil pun bermula. Bila saja jumpa ayam, Syamil terpegun. Ada la sepuluh minit dia tercegat tengok ayam2 tu. Sambil berkokok macam ayam. Hahaha.. priceless  reaksi dia boleh tengok ayam dekat2. Kesian anak Umi. Kawasan sangkar ayam tu kosong. Takde orang lain pun nak tengok ayam2 tu. Kawasan lain semua penuh. ...

SYAMIL – YUK KE FARM HOUSE LEMBANG (BAHAGIAN 1)

Image
Semenjak dua menjak ni Syamil suka sangat dengan ayam. Pantang nampak ayam kat kawasan taman ni, seronok bukan main lagi. Sementara kat Subang ni bolehlah anak Umi jumpa ayam. Nanti dah balik Gombak dan Bertam, tengok ayam dah kena sembelih dekat pasar je la. . Sebelum ni, dalam perjalanan ke Bandung pernahlah tersekat dalam jem di Lembang. Ingatkan ada kemalangan atau kereta yang mogok (kereta rosak), rupa-rupanya sesak sebab ramai yang nak pergi ke Farm House ni. . Ahad yang lepas, kami ambil kesempatan sementara masih ada di Subang ni untuk ke Farm House. Sejam setengah juga perjalanan dari Subang ke Lembang. Kalau dari Bandung, perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit. . Kami sampai lebih kurang pukul 10 pagi. Orang dah tersangat ramai dan parking dalam Farm House dah pun penuh. Kami parking di kawasan yang berdekatan. Memang banyak kawasan sekitar yang disediakan untuk parking ke Farm House tu. Kalau dapat parking dalam kawasan Farm House, kadarnya 10 ribu rupi...

SYAMIL DAN PROJEK BERSAMA AYAH #2

Image
Malam kedua, masih ada banyak baki kotak2 cereal. Ayah dan Syamil betul2 fokus dengan projek ni. Sempatlah Umi kemas dapur, goreng cucur dan baca satu bab dalam buku. Maka terhasillah, Parking Lot. Bangun pagi2 esoknya belum sempat mandi Syamil dah main. Ayah Syamil dah tanya2 dah tin ESP umi tu. Projek apa pulak lah dua beranak tu nak babitkan tin ESP tu.

PASTI NAK PERGI LAGI –SALON MUSLIMAH

Kali ni nak cerita rawatan facial yang dibuat hujung bulan lepas.   Mula2 tu jenuh jugaklah google ‘salon muslimah’ sekitar Gombak. Ketar tangan nak bayar kalau rawatan yang beratus2 tu, jadi saya cari yang menawarkan harga berpatutan. Salah satu yang satu telefon adalah Maya dari Nurma & Maya Beauty Salon. Salon ni dekat Sri Gombak. Pemilik dia pun muda lagi.  Saya pun cuba la ‘treatment facial’. Saya sebenarnya bukan jenis yang rajin nak pergi facial. Tapi nak dijadikan cerita, bintik hitam dan putih dekat muka ni dah banyak sangat2. Masa saya tukar ke scrub Nutriwhite tu memang banyak yang hilang. Tapi saya tak nak ada langsung bintik hitam dan bintik putih ni, tu yang terpaksa ke salon. Kali terakhir saya pergi salon tiga tahun lepas. Terkejut Maya tu saya cakap dah tiga tahun tak gi facial. Hehe.. Hampir dua jam jugak rawatan facial saya hari tu. Yang lamanya sebab banyak sangat bintik hitam yang perlu dibuang. Maya pun rileks  dan sangat teliti. Mem...

SYAMIL DAN PROJEK BERSAMA AYAH #1

Image
Syamil ada beberapa mainan kereta, lori dan traktor. Ada banyak kotak cereal (Cornflakes, Koko Crunch, Honey Stars) di rumah. Maka, bermulalah projek Syamil dan ayah. Malam pertama…jeng..jeng…jeng… Jadilah Robocar Poli Rescue Station. Bersungguh-sungguh Syamil dengan Poli, Roy dan Amber. Heli belum ada. Tak jumpa lagi yang sama saiz macam ni. Malam esoknya, projek renovation. Tadaaaaa… Seronok saja Syamil main. Malam esok buat lagi ye ayah.  

SYAMIL DAN BABYWEARING

Image
Saya dah mula berjinak2 babywear Syamil semenjak Jun 2015. Masa tu umur Syamil dah pun setahun. Lambat sikit sebab saya ambil masa untuk betul2 belajar tentang babywearing dan pilih carrier yang sesuai. Saya banyak belajar daripada facebook page MalaysianBabywearers . Ada banyak artikel dan maklumat bergambar. Kita juga boleh dapatkan khidmat nasihat daripada pakar2 babywearing serta maklumat berkenaan gathering (Gathering ni kita boleh cuba berbagai-bagai jenis carrier). Carrier pertama saya Kokadi Flip toddler. Saya ambil saiz toddler sebab body panel yang lebih besar. Syamil ni tinggi orangnya. Umur setahun tapi saiz macam kanak2 umur dua tahun. Saya beli dari Nuriqwati (Baby Slings and Carriers). Kenapa Kokadi Flip? Kokadi Flip ni merupakan wcssc (wrap convert to soft structured carrier). Maksudnya carrier ni kainnya daripada wrap. Jadi, kain ni tak panas, dan mudah menyerap peluh. Memang selesa dan sesuai untuk wearer dan wearee yang pantang panas sikit je berpelu...

SYAMIL DAN APABILA KAPAL TERBANG PERLU TERUS TERBANG…

Image
Hujan lebat, suasana gelap seolah-olah hari sudah malam, maka kapal terbang yang sepatutnya mendarat terpaksa terus terbang tinggi. Bermulalah kisah di udara… Penerbangan Kuala Lumpur-Bandung sepatutnya memakan masa dua jam lima minit. Tapi dah ditakdirkan penerbangan kali ni memberi peluang kami berada satu jam lebih lama di atas kapal terbang. Gelapnya dunia masa tu. Rasa tak berdaya. Dah terbayang-bayang macam mana keadaannya kalau Syamil tiba2 rasa bosan dan ajak turun. Takkanlah Umi nak pakai payung terjun pulak. Masa tu doa dalam hati supaya Syamil tenang je, tidur pon takpe. Lepas tu kapten pulak buat pengumuman sekiranya cuaca tak mengizinkan, kapal terbang akan divert ke Jakarta untuk isi minyak. Tak ke haru biru kalau macam tu. Bukan Syamil saja, Umi Syamil pon akan berguling2 nak turun jugak. Nasib baiklah sebelum berlepas tadi Syamil dah puas berlari2. Kepenatan agaknya, suasana dalam kapal terbang pun sejuk, Syamil tertidur sementara Umi berdoa mohon cuaca...