SYAMIL DAN APABILA KAPAL TERBANG PERLU TERUS TERBANG…

Hujan lebat, suasana gelap seolah-olah hari sudah malam, maka kapal terbang yang sepatutnya mendarat terpaksa terus terbang tinggi. Bermulalah kisah di udara…

Penerbangan Kuala Lumpur-Bandung sepatutnya memakan masa dua jam lima minit. Tapi dah ditakdirkan penerbangan kali ni memberi peluang kami berada satu jam lebih lama di atas kapal terbang.


Gelapnya dunia masa tu. Rasa tak berdaya. Dah terbayang-bayang macam mana keadaannya kalau Syamil tiba2 rasa bosan dan ajak turun. Takkanlah Umi nak pakai payung terjun pulak. Masa tu doa dalam hati supaya Syamil tenang je, tidur pon takpe. Lepas tu kapten pulak buat pengumuman sekiranya cuaca tak mengizinkan, kapal terbang akan divert ke Jakarta untuk isi minyak. Tak ke haru biru kalau macam tu. Bukan Syamil saja, Umi Syamil pon akan berguling2 nak turun jugak.

Nasib baiklah sebelum berlepas tadi Syamil dah puas berlari2. Kepenatan agaknya, suasana dalam kapal terbang pun sejuk, Syamil tertidur sementara Umi berdoa mohon cuaca bertambah baik dan kapal terbang boleh mendarat.

Pengajaran yang saya ambil daripada peristiwa kali ni adalah pastikan ada barang-barang ni dalam hand carry luggage:
  1. pampers. bawak je sepuluh, 5 yang biasa, 5 pants (Kalau pants lagi senang nak tukar atas flight)
  2. sekurang-kurangnya 3 baju spare anak (Ada sekali tu saya bawa 1 je dan ditakdirkan Syamil muntah dekat airport. Semenjak tu saya bawak 5 pasang)
  3. kalau minum susu formula, sila bawak botol susu lebih. Susu bawak je satu tin kecil tu. Air masak pun bawa je lebih sikit. (Air untuk bancuh susu dan budak2 minum memang boleh bawak lebih dari 100 ml)
  4. baju salin untuk umi dengan ayah sekali. (Mana la tahu pampers bocor. Nanti nak solat  kena la ada baju salin yang bersih)
  5. Kain lampin 2 helai (Untuk lap sekiranya muak atau muntah, dan boleh lap lepas basuh jika buang air besar)
  6. Wet tissue. (Yang ni sangat penting. Untuk lap mulut dan tangan sebelum dan selepas makan)
  7. Makanan (Biskut, roti, untuk kudapan semasa berlepas dan mendarat jika Syamil tak nak minum susu)
  8. Mainan (Buat masa ni, Syamil suka Poli, Amber dan Roy. Sebelum ni bawak segala adik beradik traktor; excavator, dump truck dll)  


Alhamdulillah kami selamat mendarat. Selepas tu, ada dua jam lagi perjalanan naik kereta sebelum sampai di Subang, Indonesia.

Bagaimana saya lalui semua ni? Nasib baik suami ada sekali dan pagi2 tu sebelum bertolak, saya dah ambil Vivix, ESP, B complex, vitamin C dan ostematrix. Kalau tak, mesti saya dah tak larat sangat2.

Semenjak ambil supplemen Shaklee ni, memang terasa sangat perbezaannya. Siapa2 yang nak lebih bertenaga, dan berusaha untuk lebih sihat, jangan segan2 whatsapp saya (Wani @ Nini 013-2200179). Kita sama2 rasa hebatnya Shaklee ni.



Comments

Popular posts from this blog

SINGGAH DI PANTAI BALOK - SAMSURIA BEACH RESORT & RESIDENCES

ULASAN BUKU –ALLAH DALAM HATI ANAKKU #2

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK