SYAMIL DAN BABYWEARING

Saya dah mula berjinak2 babywear Syamil semenjak Jun 2015. Masa tu umur Syamil dah pun setahun. Lambat sikit sebab saya ambil masa untuk betul2 belajar tentang babywearing dan pilih carrier yang sesuai.

Saya banyak belajar daripada facebook page MalaysianBabywearers. Ada banyak artikel dan maklumat bergambar. Kita juga boleh dapatkan khidmat nasihat daripada pakar2 babywearing serta maklumat berkenaan gathering (Gathering ni kita boleh cuba berbagai-bagai jenis carrier).

Carrier pertama saya Kokadi Flip toddler. Saya ambil saiz toddler sebab body panel yang lebih besar. Syamil ni tinggi orangnya. Umur setahun tapi saiz macam kanak2 umur dua tahun. Saya beli dari Nuriqwati (Baby Slings and Carriers).

Kenapa Kokadi Flip?

Kokadi Flip ni merupakan wcssc (wrap convert to soft structured carrier). Maksudnya carrier ni kainnya daripada wrap. Jadi, kain ni tak panas, dan mudah menyerap peluh. Memang selesa dan sesuai untuk wearer dan wearee yang pantang panas sikit je berpeluh.

Semenjak ada Kokadi Flip ni, setiap kali travel ke Bandung memang dah tinggalkan je stroller. Yang bestnya, tangan dah tak lenguh bila dukung Syamil. Carrier yang dipakai dengan kaedah yang betul akan memberi keselesaan kepada pemakai. Taklah sakit pinggang walaupun anak dah 10 kg.

Syamil kalau masuk dalam carrier je, memang tertidur.


Babywearing ni sangat membantu semasa travel. Saya senaraikan kelebihan apabila babywear semasa travel:
  1. Senang nak bawak barang sebab dua2 tangan boleh diguna
  2. Anak taklah berlari2 sana sini dan susah dikawal semasa di airport
  3. Anak saya memang selalu tidur bila ada dalam carrier
  4. Anak kurang meragam sebab rasa selamat walaupun ramai orang
  5. Sambil2 jalan ke gate, mak bolehla shopping dengan tenang. (Ni kalau di KLIA2)
  6. Tak perlu susah2 bawak stroller yang besar gedabak
  7. Sangat diperlukan semasa travel berdua je dengan anak

Kesimpulannya, Kokadi Flip ni memang dah banyak berjasa. Berbaloi2 dengan harganya. Memang perlu melabur sikit untuk barang yang berkualiti.

Pesanan dari saya, pastikan walau apapun jenis carrier yang dibeli, belilah yang original. Kalau soft structured carrier, pastikan buckle yang digunakan memang dijamin mampu menampung berat anak. Nanti saya kongsikan dos and donts yang saya tahu untuk babywear.


Comments

Popular posts from this blog

SINGGAH DI PANTAI BALOK - SAMSURIA BEACH RESORT & RESIDENCES

ULASAN BUKU –ALLAH DALAM HATI ANAKKU #2

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK