SYAMIL – YUK KE FARM HOUSE LEMBANG (BAHAGIAN 1)


Semenjak dua menjak ni Syamil suka sangat dengan ayam. Pantang nampak ayam kat kawasan taman ni, seronok bukan main lagi. Sementara kat Subang ni bolehlah anak Umi jumpa ayam. Nanti dah balik Gombak dan Bertam, tengok ayam dah kena sembelih dekat pasar je la.
.
Sebelum ni, dalam perjalanan ke Bandung pernahlah tersekat dalam jem di Lembang. Ingatkan ada kemalangan atau kereta yang mogok (kereta rosak), rupa-rupanya sesak sebab ramai yang nak pergi ke Farm House ni.
.
Ahad yang lepas, kami ambil kesempatan sementara masih ada di Subang ni untuk ke Farm House. Sejam setengah juga perjalanan dari Subang ke Lembang. Kalau dari Bandung, perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit.
.
Kami sampai lebih kurang pukul 10 pagi. Orang dah tersangat ramai dan parking dalam Farm House dah pun penuh. Kami parking di kawasan yang berdekatan. Memang banyak kawasan sekitar yang disediakan untuk parking ke Farm House tu. Kalau dapat parking dalam kawasan Farm House, kadarnya 10 ribu rupiah (lebih kurang RM3). Kalau di luar, kadar parking 25 ribu rupiah (lebih kurang RM8).
.
Tiket masuk bernilai 20 ribu rupiah sahaja. Lebih kurang RM6 untuk orang dewasa. Syamil masuk gratis (percuma). Memang ramai sangat orang. Sebelum masuk, boleh redeem tiket dengan susu atau hotdog.
.
Masuk2 saja, ada pagar2 rendah yang semua orang pakat lekat padlock. Syamil sibuk belek2 padlock kat situ. Ada kedai berdekatan yang jual bermacam2 jenis padlock.
.

Lepas tu, jalan2 sekitar bangunan2 yang berseni bina Inggeris. Tapi, disebabkan ramai sangat orang, nak ambil gambar pemandangan pun nampak pengunjung lain. Di dalam, ada sebuah kedai menjual cenderahati.

.
Apa yang menarik, ada sebuah kedai yang menyewakan pakaian tradisional Portugis (betul ke?) untuk perempuan dan kanak2. Pakaian tersebut boleh disewa selama dua jam untuk photoshoot di sekitar Farm House. Dah anak teruna saya ni bersungguh2 tengok cewek comel tengah posing.  ;-)
.
 

 





Comments

Popular posts from this blog

SINGGAH DI PANTAI BALOK - SAMSURIA BEACH RESORT & RESIDENCES

ULASAN BUKU –ALLAH DALAM HATI ANAKKU #2

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK