PASTI NAK PERGI LAGI –SALON MUSLIMAH

Kali ni nak cerita rawatan facial yang dibuat hujung bulan lepas.  Mula2 tu jenuh jugaklah google ‘salon muslimah’ sekitar Gombak. Ketar tangan nak bayar kalau rawatan yang beratus2 tu, jadi saya cari yang menawarkan harga berpatutan.

Salah satu yang satu telefon adalah Maya dari Nurma & Maya Beauty Salon. Salon ni dekat Sri Gombak. Pemilik dia pun muda lagi. 

Saya pun cuba la ‘treatment facial’. Saya sebenarnya bukan jenis yang rajin nak pergi facial. Tapi nak dijadikan cerita, bintik hitam dan putih dekat muka ni dah banyak sangat2. Masa saya tukar ke scrub Nutriwhite tu memang banyak yang hilang. Tapi saya tak nak ada langsung bintik hitam dan bintik putih ni, tu yang terpaksa ke salon. Kali terakhir saya pergi salon tiga tahun lepas. Terkejut Maya tu saya cakap dah tiga tahun tak gi facial. Hehe..

Hampir dua jam jugak rawatan facial saya hari tu. Yang lamanya sebab banyak sangat bintik hitam yang perlu dibuang. Maya pun rileks  dan sangat teliti. Memang dia buang habis semua.

Yang lagi best, Maya ni terer mengurut. Bila dia urut muka, memang rasa best sangat2. Nampaknya kena cuba rawatan urut dia ni.

Macam2 rawatan yang ditawarkan. Antaranya sauna, mandian ozon spa, body massage, mandi susu, tungku, inai rambut, rebonding.

Dan sekarang, sempena ulang tahun pertama salon ni, Maya menawarkan promosi istimewa pakej kasih sayang.

Kalau berminat, buat temujanji dulu ye. Untuk temujanji bolehlah hubungi atau whatsapp Maya di nombor 019 – 325 9740 atau 011 – 1854 8577

Ni alamat salon
Nurma & Maya Beauty Salon,
1st Floor 51A Jalan SG3/1
Pusat Bandar Sri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor

Sesiapa yang berdekatan, salon ni memang best. Highly recommended.  J

Comments

Popular posts from this blog

SINGGAH DI PANTAI BALOK - SAMSURIA BEACH RESORT & RESIDENCES

ULASAN BUKU –ALLAH DALAM HATI ANAKKU #2

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK