MINDA ‘BERAKSI’


Syamil suka sangat main set keretapi sekarang ni. Sebenarnya, Syamil dah ada beberapa set keretapi. Satu set di rumah Wan di Penang, satu set di rumah Ayah Tok di Gombak, satu set di rumah sewa Subang, Indonesia dan satu set lagi set Thomas and Friends.
.
.










.
Syamil suka cantumkan landasan keretapi, kemudian biarkan keretapi bergerak mengelilingi landasan tu. Kalau set keretapi Thomas and Friends ni, Syamil boleh pilih sama ada keretapi bergerak mengelilingi satu pusingan besar atau melalui ‘shortcut’. Ini membantu merangsang kooordinasi mata Syamil. Syamil juga belajar untuk membuat keputusan.
.
.
Ada kalanya, Syamil mencantumkan badan keretapi dengan kepala keretapi. Kemudian, Syamil akan gilir-gilir letakkan barang untuk dibawa keretapi. Kadang kala traktor kecil, kadang-kala carrot, kadang-kala penguin. Apa-apa sahaja yang ada di sekeliling Syamil.
.
.
Melalui aktiviti keretapi bawa barang ini, Syamil belajar tentang saiz. Keretapi boleh membawa barang-barang bersaiz kecil. Sekiranya barang bersaiz besar dan berat diletakkan, keretapi tak akan mampu bergerak.
.
Dengan set keretapi ini juga, Syamil letakkan terowong pada laluan keretapi. Syamil tahu sekiranya keretapi membawa barang yang tinggi seperti zirafah, keretapi akan tersekat di terowong. Jadi, Syamil kena pastikan keretapi mampu melalui terowong dengan selamat.
.
.
.
Set keretapi Thomas and Friends ini juga ada bahagian yang boleh memberhentikan keretapi. Apabila Syamil angkat bahagian tersebut, keretapi akan berhenti. Proses loading dan unloading barang boleh dilakukan dengan mudah. Syamil berpeluang bereksperimen dengan bahagian ini. Ini menggalakkan Syamil untuk berimaginasi.
.
.
Sebenarnya, pelbagai aktiviti Syamil dapat buat dengan hanya 1 set keretapi mainan. Seronok sebab ada ketikanya Syamil bermain sambil mulut potpetpotpet. Jadi, secara tak langsung, kemahiran komunikasi Syamil pun boleh diajar sama.


Comments

Popular posts from this blog

SINGGAH DI PANTAI BALOK - SAMSURIA BEACH RESORT & RESIDENCES

ULASAN BUKU –ALLAH DALAM HATI ANAKKU #2

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK