RESIPI KEK COKLAT SEDAP YANG TAK PERLU GUNA MIXER


Bestnya.. Nini suka kalau bab2 kek ni, tapi Nini agak malas nak keluarkan mixer untuk sediakan adunan kek.
.
Kebanyakan resipi kek memang perlu guna mixer untuk pastikan adunan sebati. Kalau tak guna mixer, nanti kek jadi bantat, tak naik gebu gitu.
.
.
Jadi, Nini kongsikan satu resipi kek coklat yang tak perlu guna mixer. Kacau pakai senduk saja.
.
Mula2 sekali, kacau rata semua bahan ni:
2 cawan tepung biasa
2 cawan gula
1 cawan serbuk koko
4 sudu besar tepung jagung
Secubit garam
1 setengah sudu kecil soda bikarbonat
tiga perempat sudu kecil serbuk penaik
.
Kemudian, campurkan
1 cawan minyak sayur
1 cawan sour cream
.
Gaul rata dengan 4 biji telur ayam
.
Tambahkan 100 ml air suam
.
Kaupkan adunan dengan 200g chocolate chip atau chopped chocolate
.
Masukkan adunan ke dalam bekas berbentuk bulat yang bersaiz 9"
Jangan jadi macam Nini. Nini guna bekas 8". Habis melimpah2 kek masa dibakar tu.
.
Panaskan ketuhar pada suhu 175 darjah celcius. Bakar kek selama lebih kurang 50 – 55 minit.
.
Macam mana nak tahu kek dah masak?
Cucukkan lidi ataupun pisau kecik di tengah2 kek. Sekiranya tiada kek yang melekat pada pisau, maksudnya kek dah siap.
.
Hari tu Nini tak letakkan ganache. Tapi siapa suka rasa coklat yang lebih, boleh buat ganache. Senang saja. Cairkan 200g coklat dengan 200g cream.
.
Inilah hasil kek Nini. Khas untuk Syamil, permintaan dari ayah Syamil.
.
.
.
Sekejap saja dah siap kek. Rasa sedap dan takde la Nini berpenat lelah nak basuh banyak2 sangat part mixer tu.  J
.
Siapa nak rasa homemade chocolate cake di bulan puasa ni bolehlah cuba. Tak menyesal punya. Bau semerbak tu rasa macam dekat bakeri pulak.
.
Resipi ni Nini dapat dari facebook Sheila Rusly.


Comments

Popular posts from this blog

REVIEW BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA

MAHUKAN ANAK IKUT PERATURAN, TANPA PERLU DIPAKSA?

DINOSAURS ALIVE KUALA LUMPUR: AKTIVITI MENARIK